Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 28 April 2012

Sejarah dan Pelacongan: Kampung ku... BUKIT MERAH


*-* Iklan yang dirakamkan oleh Margerine Plata Raya berlatarbelakangkan Tasik Bukit Merah pada permulaan adengan (diambil dari abangcantik youtube) *-*


Assalamualaikum


"Kali ini saya nak bercerita pula tentang kampung tempat saya dibesarkan, mendapat pendidikan awal, tempat dimana saya memulakan kehidupan bekerjaya dan tempat saya membesarkan anak-anak sehingga kini. Bukannya tidak pernah meninggalkan kampung yang tercinta ini sepanjang menjalankan kehidupan ini akan tetapi jodoh yang panjang menyebabkan walau jauh kaki melangkah namun kesini jua hinggapnya saya setakat ini. Mungkin ditakdirkan selepas ini saya akan pergi dari sini tapi keindahan dan kenangannya tak mungkin luput dari ingatan"

 

*********************************************


Bukit Merah terletak berhampiran dengan Gunung Semanggol, Taiping, Kuala Kurau di negeri Perak, Malaysia. Terdapat sebuah empangan telah dibina di sini dan menenggelamkan sebahagian kawasan ini dan menjadi tasik air tawar yang luas yang dikenali sebagai Tasik Bukit Merah.


Empangan Bukit Merah Perak
Keluasannya meliputi sehingga ke Pondok Tanjung di daerah Larut Matang dan Selama; Kampung Tebuk Panchur dan Kampung Selamat di Gunung Semanggol di bawah pentadbiran daerah Kerian. Di tasik ini juga terdapat beberapa pulau kecil yang berjumlah hampir 14 buah. Empangan Tasik Bukit Merah telah dibina pada tahun 1906 mempunyai keluasan tasik 40 kilometer persegi dengan kapasiti takungan kira-kira 70 juta liter padu pada aras 28.50 kaki


Mengikut ceritanya, Bukit Merah telah diterokai oleh enam orang iaitu Haji Omar,Tok Kasa, Tok Man Nor, Tok Leman, Tok Sulaiman dan Tok Manah yang dikatakan berasal dari Titi Serong.


Pada ketika itu tiada jalan raya mahupun jalan kereta api, yang ada hanyalah denai pejalan kaki yang menghubungkan dari Alor Pongsu, Bagan Serai ke Batu 2, Bukit Merah. Ianya merupakan kawasan hutan kayu balak dan telah diterokai hingga akhirnya menjadi kawasan penanaman getah, kelapa sawit dan dibahagian lembah dijadikan sawah padi.

Jalan keretapi lama yang merentasi Tasik Bukit Merah Perak

Kawasannya yang dibarisi bukit yang menganjur memanjang hingga ke tasik. Tanah bukit yang telah dicangkul oleh salah seorang daripada mereka didapati berwarna merah. Hasilnya tercetuslah nama Bukit Merah bersemperna dengan peristiwa itu.


Pada zaman pemerintahan Jepun, penduduk di Bukit Merah bekerja sebagai nelayan dan penebang kayu balak. Kayu-kayu balak itu diangkut melalui stesyen kereta api yang ada di sini yang dibina oleh pada zaman pemerintahan Jepun ini.

Permandangan diwaktu pagi di tepian Tasik Bukit Merah

Tasik Bukit Merah Perak - Permandangan diwaktu malam nan indah

Kereta api juga merupakan satunya pengangkutan awam pada masa itu. Keunikan landasan keretapi inilah yang menjadi tarikan orang ramai ke Bukit Merah sekian lama kerana ianya dibina merentangi Tasik Bukit Merah selain daripada memancing pada masa itu. Bukit Merah juga adalah satu-satunya tempat di Malaysia, dimana landasan keretapi merentasi tasik. Jika melaluinya pada waktu senja, satu panorama yang menakjubkan akan dapat lihat.

Stesyen Keretapi lama
New railway double track yang sedang dalam pembinaan melintasi Tasik Bukit Merah

Selepas Jepun menyerah kalah, penduduk kampung mula membuka lebih banyak tanah baru di kawasan ini. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, semakin ramai orang luar datang meneroka tanah hutan di Bukit Merah dan kebanyakannya berasal dari negeri Kedah dan Perlis. Mereka membuka perkampungan mereka sendiri di tepian jalan kereta api yang dikenali sebagai Kampung Kedah dan Kampung Perlis.


Bukit Merah terletak dibawah Mukim Beriah yang meliputi 9 buah kampung selain daripada Kampung Bukit Merah ini. Antara kampung lain di bawah pentadbiran mukim ini ialah Kampung Changkat Lobak, Kampung Alor Pongsu dan Kampung Batu 38, Jalan Keretapi. Kampung-kampung ini merupakan kampung sekitar yang terletak berhampiran Bukit Merah. Selain itu, ada juga kampung di mukim berlainan yang terletak bersebelahan Bukit Merah iaitu Kampung Tebuk Panchor dan Kampung Selamat di bawah Mukim Gunung Semanggol.

Antara aktiviti di Bukit Merah Perak

Populasi penduduk di Bukit Merah dianggarkan seramai 1,631 orang yang hidup dalam keadaan yang harmoni. Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti di sini dan selebihnya adalah kaum Cina dan India. Kebanyakan rumah kayu dibina secara berselerak di atas tanah milik masing-masing. Namun di sini terdapat sebuah penempatan baru yang diberi nama Bandar Lembah Beriah dan jika dilihat pola petempatan di sini bersifat terancang dan tersusun.



Selain mengusahakan kebun kelapa sawit, ada juga penduduk setempat yang mencari rezeki sebagai penoreh getah, pesawah padi dan nelayan di Tasik Bukit Merah. Antara jenis-jenis ikan yang terdapat di tasik ini ialah ikan lampam, baung, sebarau, kelisa dan sebagainya.

Bukit Merah Laketown Water Theme Park



Ada juga penduduk yang berniaga dan bekerja di sektor kerajaan seperti guru. Terdapat juga penduduk yang bekerja di Bukit Merah Laketown Resort iaitu sebuah taman tema air yang dibuka pada tahun 1997. Ianya menjadi salah satu pusat pelancongan bertaraf antarabangsa di Malaysia. Dan itu antara kebanggaan penduduk di Bukit Merah kini.


Ia dilengkapi dengan Taman Tema Air, Pulau Orang Utan serta Eco Park yang unik dan menarik. Konsep bercuti sambil berhibur di Taman Tema Bukit Merah menjadikan destinasi pelancongan ini sesuai dinikmati seisi keluarga menjadikan kunjungan ke utara Perak amat berbaloi. Waterpark ni seluas 11 ekar dan merupakan terbesar di negeri Utara Semenanjung Malaysia. Taman Air Bukit Merah ada 14 tarikan iaitu Boomerang, Giant Wet Bubble, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides, Body Slides, Giant Tube Rides, Activity Pool, Lazy River, Perak Mining Company, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar, ‘Mandi Timba’ dan Waterfall Bridge. Banyak kan... Di sini juga terdapat sebuah Kolej Kejururawatan Bukit Merah.


Selain itu juga, Bukit Merah turut dikenali sebagai satu-satunya tempat habitat asal ikan arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya yang berwarna keemasan yang dikenali sebagai species 'Malaysian Gold'. Ia juga dikenali sebagai 'Dragon Fish' atau 'Bony-Tongued Dragon" oleh sesetengah masayarakat cina. Ianya begitu diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan. Ini kerana ia mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.


Jika berhajat untuk sampai ke sini berikut adalah jalan yang boleh diambil:
  1. Melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu ke persimpangan tol Bukit Merah mengambil masa 35 minit dari Jambatan Pulau Pinang dan lebih kurang 1 jam dari bandaraya Ipoh.
  2. Melalui Jalan Persekutuan 1 dari Taiping pula melalui Jalan Kerian dan Kubu Gajah yang mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan. 
  3. Melalui Jalan Persekutuan 1 iaitu ke Bukit Merah Lake Town dari Pulau Pinang perlu melalui Jalan Kerian dan Jalan Kubu Gajah yang mengambil masa 75 minit dari Jambatan Pulau Pinang.


Khamis, 26 April 2012

Saat Hampa: Talam Lapis Pisang


Assalamualaikum.


Itu hari waktu skodeng dapur kak Azlita Aziz di Masam Manis ada ler ternampak resepi Talam Berlapis Pisang ni kat situ. Saya yang tak pernah melapis apa-apa pun ni teringin sangat nak cuba. Apatah lagi bila dihidangkan dengan gambar-gambar yang menarik hasil dari kepakaran kak Ita memberikan tatapan yang menarik buat pengikut blognya tu. Memang tak tahan le nak cuba.


Memang cun habislah. Tergoda you.

Ni le gambar kiriman kak Azlita Aziz. Tergoda kan??????????????

Tangan ni pun mula ler gatal capai pen dan kertas untuk menyalin resepinya. Mudah pulak bila dibelek-belek resepinya. Bahan-bahan pun semua ada jadi tak ragu-ragu lagi ler nak buatnya nanti. Pisang pulak memang setiap saban minggu kat rumah ni. Tapi pisang berangan atau pisang emas je la. Pisang nangka memang tak pernah ada.


Mula buat tu tak menjadi sangat. Sebabnya tak pernah buatkan. Jadi tak ler gris loyang tu dengan minyak sebab tak tahu. Hasilnya melekat la pulak. Adunannya menjadi. Rasa geram le sangat sebab dah cantik dah buat tapi nak angkat hancur.


Kali kedua buat lepas bertanyakan pada rakan-rakan kat Fb cara nak kukus talam. Saya  pun cuba dengan lapis loyang dengan plastik wrapping tapi hasilnya pula permukaan adunan jadi tak cantik. Berbalor-balor jadinya permukaan kuih tu. Apa pula salahnya kali ni. Sebab wap air ke? Sedih sangat. Nak jamah pun hilang selera. Penyudahnya...ke tong sampah le jadinya. Nanti kena tuntut ilmu lagi la.


Teringin nak buat lagi tapi nanti la kena tanya kak Ita sendiri la rasanya. Kalau ada jawapannya nanti saya akan cuba lagi.



TALAM LAPIS PISANG

By: Azlita Aziz, Masam Manis


Bahan A:
  • 120g tepung beras
  • 100g tepung ubi - jika tak de boleh diganti dengan 50g tepung jagung yang dicampur dengan 50g tepung sagu)
  • 250g santan pekat Kara
  • 150ml air

Bahan B:
  • 175g gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Daun pandan
  • 400ml santan cair (100ml santan + 300ml air)

 Bahan C:
  • 400g pisang nangka/pisang berangan - boleh juga dikukus terlebih dahulu jika suka

Caranya:
  1. Satukan bahan A, gaul rata supaya tidak berketul.Saya kisar dalam blender je macam kak Ita buat tu hingga bergaul halus.
  2. Masak bahan B sehingga mendidih, keluarkan daun pandan. Tuang ke dalam bahan A ketika masih panas, kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  3. Tuang bahagian pertama dan kukus selama 5 minit. Angkat dan aturkan hirisan pisang ke atasnya. Kukus sekejap supaya pisang masak. 
  4. Tuang bahagian kedua dan kukus selama 5 minit, aturkan pisang buat seperti bahagian pertama dan kukus sekejap juga.
  5. Untuk bahagian terakhir, ambil dahulu sesenduk adunan dan ketepikan. Tuang yang lain ke atas lapisan dan kukus selama 5 minit. Setelah itu susun baki pisang terakhir. Masakkan sekejab kemudian tuang baki adunan yang diketepikan sebentar tadi dan tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus lagi sekitar 20-25 minit.
  6. Biarkan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Insyaallah bila semangat kembali pulih saya akan cuba lagi. Kalau ada teman-teman yang pandai dalam bab talam menalam ni boleh ler bagi tunjuk ajar pada saya yea....Tq


Rabu, 25 April 2012

Bulan-bulan Yang Penting



Assalamualaikum..


Dalam banyak-banyak bulan dalam satu tahun pastu akan ada satu atau dua bulan yang kita paling tunggu-tunggukan. Selalunya bulan-bulan itu pastinya ada kaitan dengan kelahiran atau tarikh perkahwinan kita. Betul tak.


Pada saya bulan yang paling saya suka adalah bulan April, Mei dan September kerana pada bulan-bulan inilah masa kami sekeluarga menyambut hari kelahiran kami dan bulan September iaitu pada 18 haribulan adalah tarikh saya diijabkabulkan bersama Mr Hb.

My Lovely darling

Yang menariknya walau bulan kelahiran kami berlainan sedikit tapi kami bernaung dibawah zodiak yang sama - Taurus. Saya dilahirkan pada 21 April; anak kedua, Izaz Rashyeeda pula pada 30 April; kakaknya Afif Khadyeeja pada 18 Mei dan Mr Hb pula pada 19 Mei. Jadi kami tergolong dalam kumpulan yang sama. Dan selalunya percaya atau tidak memang harungi nasib yang keadaannya seakan sama.


Dalam keluarga kami selalunya pada masa-masa lain memang jarang sangat-sangat saya membakar atau membeli kek. Tapi jika tibanya bulan-bulan ini seawal bulan lagi otak ni ligat berfikir apakah jenis kek yang akan disediakan. Bagaimanakah hiasannya. Apakah pula juadah lain yang akan ada sama. Selalunya yang agak menyelesakan saya combinekan birthday Izaz dengan Afif tapi bermula tahun ni combinationnya berubah, saya dengan Izaz dan Afif dengan Mr Hb. Jimat sikit belanja dan tak le banyak sangat buat keknya. Nanti kalau banyak sangat terlebih gebu pulak badan ni.


Dengan anak-anak yang telah pandai meminta apa yang berkenan dihati mereka keadaan akan bertambah pening. Memang mereka dah nyatakan secara spesific apa yang diarang mahukan tapi kadangkala apa yang mereka mahukan tak termampu kita sediakan itu yang buatkan bertambah-tambah pening memikirkannya.

Kek permintaan Izaz - Strawberry Angry Bird
Kek Princess idaman Afif. Mampukah ibu????

Tahun ini si Izaz mahukan kek strawberry. Memang mudah tapi mana nak cari buah strawberry yang manis kecuali kalau ke Cameron Highlands. Yang ada dijual dipasaraya selalunya masam dan dia memang tak gemarkannya. Jadi kalau beli pun karang buang pula. Decorationnya pula bentuk Angry Bird. Isk macam mana ler tu ibu nak buat. Kalau eli RM90.00 sebiji ni.


Afif pula mahukan kek coklat yang ada princess. Ini pun satu hal nak pujuk Mr Hb belikan patung princessnya sebab Afif ni bukannya main dengan anak patung ni. Nak buat tu rasa yakin le sikit lepas tengok step by step yang kawan-kawan di fb ajarkan. Tapi... Aduhai tersepit ibu dalam situasi yang begini. Memang letih sangat.


Kehendak anak-anak.....Insyaallah ibu akan usahakan. Nanti ibu bincang dengan ayah kay. Insyaallah.


Apa pun ibu dah raikan dulu  birthday ibu heheh.....Anak-anak tunggu turn diarang kemudian-kemudian.

Suasana malam di Puncak Mutiara Cafe

Terima kasih Mr Hb kerana belanja di Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Pulau Pinang. Memang best sangat. Puas hati la dapat makan Set Nasi Puncak Mutiara dan Air Kelapa Muda bersama Susu Kambing. Mr Hb makan chicken Maryland yang memang terbaik bersama 1 jag air kosong. Anak-anak pula dijamu Chicken Boxing, Banana Split dan Jus Orange (jus orange ni didatangkan bersama set nasi tadi) yang memang kaww rasanya. Puas sunggah makan malam ni. Perut pun rasa ketat dan sengkak. Kang dalam keta kena buka sikit tali pinggang heheh (opppsss ;p)

Ayam Maryland idaman Mr Hb. ABC tu memang cukup untuk 1 famili 4 orang. Kali ni tak order sebab dah try last visit

Air Kelapa Muda Puncak Mutiara bersama Susu Kambing. Mulanya risau gak tapi bila dah try pueh hati den.

Ayam boxing. Nasib baik anak-anak tak berboxing sesama diarang makan ni sebab dapat sorang 2 ketul. Ok tu..

Banana Split. Ni kalau order payung tu kena minta xtra 1 lagi. Kang berebut anak dare 2 orang ni

Set Nasi Puncak Mutiara - Nasi Beriani, Kari Kambing, Kari Ayam, Dalca, Air Asam Pekat Tomato, Telur Rebus dan Secawan Jus Orange. RM19.90 je satu set tapi memang pueh beno. Kongsi dengan Mr Hb sebab tak larat nak habiskan


Terima kasih juga buat teman-teman yang ucapkan selamat dan yang mendoakan saya. Terima kasih. Terharu rasanya hati ini....




Selasa, 24 April 2012

Keputusan Yang Menakutkan


Assalamualaikum..


Itu hari masa birthday saya 21 April, Mr Hb bawa kitarang ke Penang untuk menikmati makan malam di Puncak Mutiara Cafe. Sebelum pergi ke sana kami singgah dulu ke Jaya Jusco Bandar Perda @ Aeon Bandar Perda. Sebut Aeon....isk rasanya nama Jaya Jusco lagi best ar. Sampai ke kita orang Malaysia ni. Jaya kan satu word dalam bahasa kita yang sama makna dengan kemajuan. Aeon tu rasa macam bahasa luar je. Cam ner nak majukan bahasa Malaysia kot cam ni......Isk jangan pulak Aeon saman saya yer sebab masuk campur dalam diarang nak jenamakan syarikat diarang...Sekadar pandangan maaf kay :)


Di sana, selain daripada window shopping kitarang bagi anak-anak main di playground yang diarang sediakan. Ibu dan ayah pula just walk around kata omputeh. Cuci mata dan telah air liur tengok barang-barang yang dijual kat situ. Ikut hati nak beli je baju-baju budak yang ada kat situ, cantik-cantik tapi fulus tak berapa izinkan heheh. Lagi pun baru je awal bulan lepas shopping baju baru diarang.


Fuhhh anak-anak teman memang tau....kalau dah diberi main harus 3-4 jam tak hengat. Jemu berjalan kitarang bersantap kat food court yang dibuat berdekatan dengan tempat tu. Kiranya memang startegik le tempat tu sebab berdekatan antara satu sama lain. Jadi sambil berjalan tadi dan berjamu selera sekarang sempat le juga menjeling anak-anak yang kat dalam tu. Memang sifat saya walau dah ada guard yang jaga tapi tetap tak akan tingggalkan mereka sendirian tanpa pengawasan saya sendiri atau Mr Hb. Fobia sangat dengan kisah-kisah yang dipaparkan. Itu juga punca saya berhenti kerja di sebuah syarikat perbankan di Kuala Lumpur.



Di food court tu memang banyak le makanan yang menarik minat untuk mencubanya. Setelah berpinau mata memilih kitarang sepakat membeli set Grill Nasi Ayam. Kitarang kongsi hidangan lain cuma tambah nasinya sahaja. Kira jimat sikit lagipun nanti nak gi makan besar pulak heheh. So safe perut le. Kang terlebih kenyang pulak. Tapi concept yang diarang buat open bar diunit masakan memang berikan kepuasan dan hilangkan rasa was-was kita. Isk kalau ler ada rezeki nanti kot nak buka restoran harus concept yang macam ni akan saya aplikasikan....Insyaallah (cita-cita tu...)


Lepas lebih kurang 4 jam kat situ kitarang bergerak untuk ke Puncak Mutiara Cafe. Sewaktu menuruni escalator, ternampak di satu sudut Nesvita adakan kaunter check kadar cholestrol dalam darah buat pelanggan yang berminat. Sememangnya menarik minat saya terus dengan izin Mr Hb saya buat check up. Alhamdulillah saya punya paras kolestrol 4.16 je. Kira dalam range la sebab paras 3.5 - 5.2 yang sihat.

Tidak le nak masuk 30 hari challange ni. Tapi janji semuanya makin sihat oklah....

Bila Mr Hb tengok bacaan kolestrol saya, diapun setuju untuk buat check up. Syahdu...bacaannya 7.28. Sedih sangat. Dia pun nampak terkedu juga.


Alhamdulillah sehingga ke hari ini, 25 April 2012 nampaknya lepas menerima berita yang kolestrolnya tinggi Mr Hb nampak berjaga-jaga sikit dalam pemakanannya. Breakfast dengan cereal yang dicampur dengan Quaker oat. Makan tengah hari semalam ambil asam rebus bersama sayur air je.


Tadi je tercemar sikit sebab saya buatkan kek buah permintaan ayah. Lepas masak macam biasa ler bagi Mr Hb memerangap QC buat checking. Tapi nasib baik dia pun rasa sepotong je. Alhamdulillah... Harap-harap semua ni akan berterusan le hendaknya. Petang karang kena gi hantar terus. Tak leh ada hidangan sebegitu kat rumah bahaya..:)


Bermula sekarang saya kena cari resepi-resepi yang berarah kepada kesihatan. Harap-harap Mr Hb dah boleh makan hidangan-hidangan yang dimasak rebus dan cereal ni. Dengan itu akan bermula pula misi skodeng laman blog kengkawan yang ada resepi sihat...Doakan kesihatan kami kay ;)


 "Ya Allah berilah kesihatan buat kami sekeluarga dan mudahkan kami dalam semua urusan....Aaamiin"

Isnin, 23 April 2012

Mydin Wholesale Hypermarket Meru Raya, Ipoh


Assalamualaikum...


Last week (15 April) saya ada ceritakan yang kami kena hantar produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke Mydin Wholesale Hypermarket Meru Raya di Ipoh. Masa tu saya ingatkan Mydin tu dah nak buka dalam masa terdekat ni. Saya pun dah war-warkan dalam blog dan facebook hihihi. Ia le...dah orang order ingat dah nak buka le.

Dijangkakan Cawangan Mydin yang terbesar di Malaysia

Rupanya bila saya sampai sana pada 17 April 2012 tu hari rupanya bangunanya baru sekitar 75% - 80% je siap. Itu ikut estimated pandangan mata kasar saya le. Boleh gak yer saya buat estimate gegitu je. Kang marah lak Tan Sri kat saya sebab gatal mulut je kata diarang tak siap lagi. Sebenarnya yang kat dalam tu tak tahu le pula :). Nak buat macam mana langkah cuma dapat sampai ke loading bay diarang je heeh.


Patut le masa saya search gambar Mydin Hypermarket Meru Raya tu tak de kat site Mydin tak de tersenarai lagi alamat dan gambarnya kat situ. Pelik juga mulanya. Jadi masa tu saya ambil le gambar kiriman teman lain yang saya dapat kat google image. Memang dalam gambar tu pun masih tak siap sepenuhnya.

Komplekas Terminal Bas Bersepadu seluas 3.4 hektar dan setinggi 3 tingkat yang bernilai RM38 juta

Saya tengok bangunan Mydin Wholesale Hypermarket Meru Raya di Ipoh ni memang besar sangat. Tempat parkingnya pun nampak luas. Disekitarnya terbina juga Kompleks Terminal Bas Bersepadu juga cawangan Hotel Casuarina. Kiranya memang sibuk dan jadi tumpuan le tempat tu nanti. Sekarang ni pun dah ada pejabat kerajaan disekitar Meru ni. Kawasan perumahan pun dah makin banyak terbina dan ada yang akan dibina.


Sempat ler saya tanya pada a bangla kat kerja kat situ bila nak start buka. Dan dia cakap dalam 1 bulan lagi. Ooo patutlah. Tapi banyak gak barangan yang dah dihantar oleh pekilang-pekilang. Kira memang bizi tul time tu. Tengok jam baru jam 9.45 pagi. Bagi barangan seperti saya kategori sos dan kicap juga barangan yang lambat expired ok le bolah le diterima. Tapi masa hantar tu saya ada le tengok lori Vitagent ada juga hantar barangnya. Itu yang musykil sebab setahu saya dia expired dalam tempoh 1 bulan.


Sebut 1 bulan lagi...itu hari ada ler terbaca cerita yang penyanyi merangkap pelakon kita Azza (Elit) akan adakan majlis resepsinya di situ besemperna opening ceremony Mydin kat Ipoh. Kira nak cipta sejarah le katanya sebab diarang berkenalan pun kat Pasaraya Mydin Wholesale Hypermarket Subang Jaya (kalau tak salah saya pernah baca dalam satu blog gosip artis).

Azza dan suami selepas pernikahan mereka

Insyaallah buat teman-teman yang berada di Ipoh nanti kalau Mydin dah buka sila le dapatkan satu Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Lorong Agrbazar di sana yer. Penghantaran dah dibuat 17 April 2012 tu hari dan expirednya lambat lagi. Beli tau sebab memang berbaloi :)

Sos Char Kueyteow 2 Puteri di cawangan Mydin Hypermarket Subang Jaya

Terima kasih :) Adios....

Jumaat, 20 April 2012

Cili Boh 2 Puteri & Baginda Sultan

Assalamualaikum..


Semalam cuti bersemperna sambutan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu yang ke 84 tahun. Moga Allah panjangkan umur baginda sultan dan diberkati Allah selamanya.


Serba sedikit info berkenaan baginda sultan:


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan dan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994.

Baginda
dilahirkan pada 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda Sultan Yussuf Izzuddin Shah. Pada 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda Raja Muda Perak . Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia yang dilepaskan jawatannya pada 3 Februari 1984. Untuk makluman baginda merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel bila dilantik  menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1965 sewaktu berusia 37 tahun dan menjadi Ketua Hakim Negara pada 12 November 1982 menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara.

Mendapat pendidikan tertinggi di dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953. Dan pada 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.


Sultan Azlan Shah berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali , mendapat 2 putera dan 3 puteri iaitu Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 27 November 1956, Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957, Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958, Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 3 April 1960 dan Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dilahirkan pada 24 Jun 1961. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila majlis rasmi.


 

Rujukan : wikipedia.org

*********************************************


Bersemperna dengan sambutan itu, seluruh rakyat di negeri Perak berpeluang bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga.


Tapi bagi saya sekeluarga, cuti ini menyebabkan kerja-kerja yang dirancangkan terpaksa ditunda keesokan harinya. Tapi nasib baik juga sebab kesempatan ini diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di Pulau Pinang. Kiranya cuti pun kerja kena jalan juga ler. Itu ler nasib bila bekerja sendiri macam kami.


Sebenarnya ianya berkenaan dengan artwork plastik label untuk Cili Boh 2 Puteri yang telah ditempah seminggu sebelum ini. Kebiasaannya kami mendesign sendiri label yang kami ingini supaya segalanya tidak mendatangkan sebarang masalah. Selain itu kami juga ingin elakkan dari berulang alik ke kilang berkenaan bagi menjimatkan kos pengangkutan. Sangkaannya akan dapat lihat hasilnya cepat selepas dipersetujui oleh kedua pihak. Bayaran pendahuluan juga terus diserahkan agar pihak berkenaan segera dalam menjalankan tugas mereka.

Plastik pembungkus Cili Boh 2 Puteri yang asal

Akan tetapi entah mengapa artwork yang saya hasilkan menjadi masalah pada pihak designer syarikat berkenaan. Hampir lebih daripada seminggu kami berurusan akhirnya baru kami dapat artwork berkenaan. Tetapi desingnnya amat berlainan daripada yang diserahkan sebelum ini. Yang lebih menyedihkan artworknya agak menghampakan dan kelihatan sekadar siap sahaja. Kami suami isteri memang amat tidak berpuashati atas apa yang berlaku. Kami mahukan yang terbaik untu produk kami.


Akhirnya saya mendesign semula label yang baru dan semalam kami bersama ke kilang yang berkenaan untuk berbincang dan meneliti hasilnya. Selepas berbincang dengan lebih detail harap-harap selepas ini semuanya akan lebih mudah dan hasilnya akan kami perolehi sesegera mungkin. Yang agak menghampakan kami tidak dapat berbincang terus dengan designer mereka. Hanya melalui sales person sahaja kerana mereka tidak mahu orang luar masuk ke tempat designernya 'cari makan'. Fuhh macam le bila kita tengok mesinnya boleh terus beli untuk buat syarikat priting sendiri. Aduhaiiii.


Moga segalanya akan selesai dan kami akan dapat lihat hasilnya tak lama lagi. Dah masanya upgrade plastik pembungkus Cili Boh 2 Puteri kami supaya lebih elok dan dapat bersaing dengan lain-lain pengusaha cili boh di luar sana.

Label yang saya hasilkan sendiri. Ini yang termampu dengan bantuan laptop tuaku. Simple but saya puashati

Pada pelanggan kami yang terus menyokong walaupun packaging kami tak secantik yang lain, kami ucapkan bukan sekadar ribuan  tetapi jutaan terima kasih yang tak terhingga. Kami amat hargai kamu semua......Terima kasih.


Khamis, 19 April 2012

Kamera Samsungku

Assalamualaikum.




Hari ni tak de nak tulis apa-apa sangat. Semuanya pasal Mr Camera Samsungku yang satu itu ler. Mood pun dah hilang. Nak cari balik mood tu tah le bila pula nak dapat huaaaaa.


Sumernya pasal kena virus le rasanya kot. Masa balik dari hospital tu hari download le gambar Izaz masa kat sana. Tu je aktiviti yang dilakukan guna Mr Camera tu. Lepas tu terus offkan dan simpan. Tup...tup...esok tu lepas siapkan stok Sos Char Kueyteow 2 Puteri yang nak dihantar ke Mydin Hypermarket Melaka ingatkan nak ler snap beberapa keping gambar. Buka-buka dah tak leh operate dah. Sedihnya.....


Dah dicuba macam-macam cara. Godek sana godek sini masih gak tak leh on. Akhirnya mengaku kalah dan huaaaaaa meraung ku sendiri. Sedihnya.......


Memang le camera tu murah je masa beli tu. Tak canggih macam yang orang guna sekarang. Umur pun dah 6 tahun tapi....itu le satu-satu gadget yang paling disayangi selain daripada hp. Beli pun dulu sebab nak buat laporan projek cable elektrik Mr Hb. Tapi kebetulan masa tu mengandungkan anak pertama jadi sejak dari itu memang besar jasanya pada diri ini huhu. Jadi bila dah rosak ni memang amat-amat terasa sedihnya.


Lepas ni macam mana nak snap gambar anak? Gambar produk? Gambar masakan? Gambar..gambar...gambar???? Ho ho ho sedihnya (ni bukan ho ho ho Santa Clause ni ho ho ho sedih punya versi).



Akan suram le donia ni....donia blog asamgaram2puteri khasnya. Sedihnya.... Lagi pun kang yang tu pulak kena virus apakehalnya nanti....Aduhai camner ni. Laptop ni dah banyak kali gi cuci buang virus tapi masih ada lagi. Dah tak tahu nak protect cam ner dah. Ada idea? Please.....


Ok la...nak menangis lagi. Kay babai....Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........


Rabu, 18 April 2012

Kek Ubi Kayu

Assalamualaikum.....



Hari minggu itu hari 8 April 2012, saya telah memulakan semula projek baking kek. Dah lama oven tak berasap. Last sekali masa buat Nasi Ayam Hainan tu hari. Tu pun sekejap je sebab buat sikit.


Kebetulan dalam 2-3 hari sebelum tu ayah ada beri ubi kayu yang ditanamnya pada kami. Mulanya Mr Hb cakap nak rebus je. Tapi tah macam mana dia tak nak dan disuruhnya buat kek pula. Sebetulnya resepi kek ni dah lama sangat saya simpan. Sejak tahun lepas lagi. Dah tak ingat pulak siapa yang beri.



Dulu nak buat tak dapat-dapat ubi kayu. Yang ditanam sendiri jadi kecik je ubinya takat sekali makan dah habis. Ayah pun baru tanam je masa tu. Yang dijual Mr Hb tak suka sebab katanya takut masuk angin. Tak best rasanya nanti katanya. Kita ni mana ler nak tahu sangat so ikut je la katanya.



Akhirnya berkat kesabaran menanti si pokok ubi yang ayah tanam tu membesar akhirnya membuahkan hasil. Lepas siap bakar kek terus dititipkan buat ayah sebab masa ambil ubi kayu tu ada le cakap kat dia nak buat kek. Alhamdulillah dapat pujiannya. Memang dia makan banyak le jugak kek tu. Mulanya dia kata tak rasa pun ubi kayunya. Lepas cakap yang dah diparut baru dia faham :) Ada gak ler yang terkantoi sebab berketul sikit so ada ler tastenya.


Teksturnya memang rasa berserat sikit. Kalau tak tahu sure ingat ada quaker oat kat dalamnya. Rasa manis pun berpatutan je tak ler manis sangat. Mula tu risau gak takut manis. Tapi Alhamdulillah. Terima kasih pada rakan Fb yang beri resepi ni. Memang best dan beri kelainan pada hidangan kek kita. Yea la selama ni kek durian je yang glamerkan. So try yang ni pulak kot boleh jadi koleksi variasi kek yang best kawan sumer. Nanti kalau ada rezeki nak try kek cempedak pulak. Tu ary ada tersport kat dalam Fb juga. Tapi ayah minta kek buah. So kena selak resepi kek buah le pulak.


KEK UBI KAYU


Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 3 cawan ubi kayu - parut dan buang airnya (elakkan dari rasa pahit)
  • 1 cawan tepung gandum * ayak bersama
  • 2 cawan butter
  • 2 cawan gula
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate * ayak bersama
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 2 jenis pewarna yang digemari

Caranya:
  1. Pukul gula dan telur hingga kembang.
  2. Masukkan butter dan essen vanilla. Pukul lagi hingga kembang dan warna keputihan.
  3. Masukkan parutan ubi kayu. Sebelum tu lerai-leraikan guna hujung jari. Jika tidak berketul-ketul nanti. Nanti kalau dah masak dalam hari kedua yang ketul-ketul tu akan jadi keras. Nak makan pun tak sedap.
  4. Masukkan campuran tepung gandum dan kacau rata. Tak payah laju-laju cukup sekadar kaup balik. Kalau guna mesin guna minimum speed je.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna yang digemari.
  6. Gris loyang dengan butter dan tuang adunan secara berlapis-lapis. Ratakan dan ketuk sedikit loyang bagi sekata adunannya.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Saya rasa oven saya sekitar 1 jam 5 minit je tapi ikut oven masing-masing ye.

Rasanya memang sedap. Cubalah :)


Ahad, 15 April 2012

Mydin Hypermarket Meru, Ipoh

Assalamaualaikum..


Hari ini kami sekeluarga akan bertolak ke Mydin Hypermarket Melaka untuk hantar stok yang ditempah. Budgetnya esok mungkin tiba di Ayer Keroh sebelah pagi. Alhamdulillah atas penerimaan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk di sekitar Melaka. Terima kasih yang teramat sangat dari kami sekeluarga.


Selepas selesai di Melaka, akan terus bergerak kembali ke Ipoh. Di Ipoh akan stay 1 malam sebab penghantaran ke Mydin Hypermarket Meru pula keesokan harinya.Begitulah berakhirnya jadual penghantaran produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri untuk bulan ini. Harap-harap sambutan di Ipoh juga akan memberansangkan, aaaminn.

Gambar Ihsan: Life is Simple

Bercakap pasal Mydin Hypermarket Meru Ipoh...Baru kini Mydin membuka cawangannya di bumi bertuah Perak ni. Kalau tidak dari Kelantan dia melompat ke KL dan lain-lain kawasan di sebelah Selatan dan Timur Semenanjung tanah air. Kemudian dia melompat pula ke Kedah dan Pulau Pinang di sebelah Utara. Tapi tak singgah-singgah di mana-mana tempat di Perak.


Rasanya lama juga di ke sana ke mari melalui Perak ni. Akhirnya Alhamdulillah kini 2012, Mydin melabuhkan sayapnya juga (fuh...sentence hahah).


Mungkin yang dia ke sana ke mari tu sebab tunggu kitarang buat produk kot hahah. Yea la kitarang pun baru pasarkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni dan kebetulan pula Mydin pun baru buka cawangan di Ipoh so agak-agak ler kan hahah. Ala saja je usik mengusik...bukan apa kot formal sangat kang terasa bowingnya donia.


Jadi buat teman-teman di sekitar Ipoh kalau sudi....sudi sudikan le yea. Dapatkan le sebotol dua Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Mydin Hypermarket Meru, Ipoh. Insyaallah memang berbaloi dan memang menjadi punya le Insyaallah. Jangan risau, resepi penyediaannya ada di label untuk rujukan.


Selain daripada menyadiakan hidangan Char Kueyteow, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni juga boeh digunakan utuk menyediakan pelbagai hidangan lagi. Memang tak membazir le kalau beli tau. Kalau nak buat bihun goreng, mee, pasta, nasi ayam, masak merah, sambal tumis atau lain-lain hidangan boleh juga. Kalau nak masak yang simple macam goreng kicap sayur taugeh pun boleh. Rajin-rajin belek ler selalu blog ni, Insyaallah dari masa ke semasa akan ada resepi-resepi yang menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni Insyaallah...


Okay lah...doakan selamat kami berangkat pergi dan selamat kembali kay. Sekembali nanti saya akan postkan resepi Kek Ubi Kayu seperti yang dijanjikan tu hari kay. Maaf yea sebab lambat post sebab beri laluan pada cerita terkini terlebih dahulu. Terima kasih dan salam..:)



Sabtu, 14 April 2012

Catatan Hati Seorang Ibu

Assalamualaikum teman semua....


Buat teman-teman yang mengikuti blog ini ribuan terima kasih saya ucapkan. Ianya sebagai pembakar semangat unuk saya terus menulis di sini. Jadi saya menanam azam untuk rajin mengemaskini blog. Dalam bersemangat untuk terus menulis kadang kala ada juga halangan dan tugasan lain yang menyebabkan hajat tertunda sebentar sehingga ianya selesai. Maafkan saya...


Itu hari pun ingat nak postkan resepi Kek Ubi Kayu macam dijanjikan. Tetapi seawal pagi Izaz batuk-batuk. Jadi kena beri tumpuan pada dia dulu. Ingatkan akan postkan belah malam la le jika dia dah masuk tidur. Tapi makin lama makin teruk pula batuknya. Tak henti-henti walaupun dah bagi makan ubat batuk. Insyaallah ye nanti-nanti saya kirimkan.


Sebelah petang Mr Hb bawa dia keluar bermain sekejap. Ingatkan dengan keluar peluh dia akan ok balik. Tapi tak sangkat lepas masuk tu bunyi nafasnya sedikit berdesit dan dada pun berombak-rombak dah. Terus siap-siap kitarang ke hospital.


Muka budak sakit. Siannya...

Sempat senyum simpul uuuu


Masuk je Izaz dalam kereta batuknya pun semakin kurang. Kalau tidak memang tak putus-putus. Sangka kami macam biasa le. Lepas pergi hospital, makan ubat akan terus baik.


Dalam perjalanan ternampak Ustaz Hassan Ali buat ceramah di Taiping. Mr Hb ajak singgah sekejap. Memandangkan Izaz pun dah kurang batuknya, saya pun setuju je. Tapi kami di situ dalam 5 minit je sebab dengar nafas Izaz masih berdesit jadi kami terus bergerak ke hospital semula.


Di hospital agak ramai orang jadi sedari pukul 8.30 malam kami tiba pukul 11 lebih baru dapat jumpa doktor. Letih juga menunggu. Bila tiba turn Izaz, dah lewat jadi kami dibawa ke bahagian rawatan kes berat. Di sana doktor suspect Izaz kena jangkitan paru-paru dan kena tahan di wad sehingga sembuh. Dia di beri oksigen dan diambil darah untuk pengesahan. Aduh tak sangka sungguh. Pagi tadi je dia batuk dah jadi macam ni.


Berurusan untuk daftar dan segala macam hal, pukul 2.40 pagi baru settle. Dia ditempatkan di wad kanak-kanak di Blok C3. Kesian sungguh tengok keadaan Afif masa tu. Dah le lewat pagi tak dapat tidur lagi kena ikut kami uruskan si adik. Sejak adik kena cucuk jarum ditangan dia mula menangis hingga bengkak-bengkak mata. Kesiankan adik. Izaz pun makin lemah jadinya sebab kurang minum susu. Dan mungkin keletihan sebab dah terlalu lewat dari masa tidurnya.


Keesokan harinya lepas tidur yang nyenyak dan makan ubat, kelihatan dia sedikit ceria. Doktor sahkan yang dia mengalami bengkak di lehernya. Tiroidnya membengkak teruk. Ianya menyebabkan saluan nafas sempit. Itu yang jika bernafas berbunyi berdecit dan dia batuk-batuk. Akibatnya juga paru-paru alami jangkitan. Jadi atas nasihat doktor saya kena beri dia makan aiskrim dan lain-lain makanan yang sejuk dan lembut. Jadi masa Mr Hb jaga dia sebelah siang, saya pergi belikan aiskrim untuknya (sebelah siang Mr Hb datang jab jaga dia, Afif dengan saya supaya masing-masing tak rasa hilang tumpuan dari ibu dan ayah). Afif pun minta juga.


Doktor juga sambungkan drip sebab dia kurang minum.  Sebelah tengah hari dia dah nampak segar. Lepas makan aiskrim dan ubat makin ceria. Dah mula bersembang dan menyanyi-nyanyi. Naik letih pula ibu sebab letih layan mulutnya yang tak renti-renti bercakap. Insyaallah esok dapat le keluar hendaknya kalau tengok perkembangan Izaz. Sebelah petang masa checkup doktor sahkan yang bengkak tu dah surut sedikit. Patutlah...


Dia punya semangat bersembang sampai ke malam. Nurse-nurse yang ada pun tegur sebab menceceh tak habis-habis. Suruh tidur berehat pun tak mahu. Akhirnya dalam dok menceceh tu dia tertidur juga jam 10.45 malam. Ibu pun tumpang tidur awal sebab semalaman tak dapat tidur. Letih sangat-sangat dah...


Jumaat 13 April, sebelah pagi doktor hentikan sambungan dripnya dan cakap yang kemungkinan boleh keluar sebelah petang. Tapi semua tu bergantung pada bekalan oksigennya. Lepas tengah hari diarang akan hentikan bekalan oksigen dan akan lihat sama ada dia dapat bertahan atau akan mula batuk kembali. Jika dia batuk bermakna dia masih belum boleh keluar hospital. Alhamdulillah lepas tengah hari bekalan oksigen dihentikan dia makin ligat jadinya. Nama nak duduk di katil jangan harap le. Asyik duduk depan tv je dah. Sampai doktor nak check pun kena pergi jumpa dia di sana heheh.


Melihatkan perubahannya dan kesihatannya yang semakin pulih akhirnya doktor beri pelepasan keluar dari hospital. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Jadi ada peluang le ikut ke Mydin Hypermarket Melaka hantar Sos Char Kueyteow 2 Puteri Isnin ni.

Bekas luka tempat masauk drip

Terima kasih pada kakitangan Hospital Taiping di wad C3 atas dedikasi yang diberikan. Layanan dan jagaan yang best dari semua. Kurang le sikit rasa sakit dan letih patient.


Apa pun paling tak sangka bill hospital hanya RM5.00 je. Bayangkan 3 hari 2 malam duduk situ. Dengan ubat, makanan pesakit dan penjaga dan lain-lain hisss tak sangka sungguh. Meleset sungguh sangkaan kami sebab ikut pengalaman kalau dah perkhidmatan yang diberikan macam tu biasanya harus mencecah RM2000. Memang terbaik la....:)

Tidur last sebelum check out dari hospital

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...