Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 7 Mei 2012

Roti Canai lah lagi....


Assalamualaikum...


Itu hari saya ada ceritakan bahawa saya dan Mr Hb ada belajar menguli roti canai daripada abang ipar yang tinggal di Kelantan. Masa tu kami ada mencuba 2 resepi roti canai yang berbeza. Satu tu saya ambil dari rakan facebook kak Thaniah Sulaiman (kak Ani) dan satu lagi resepi abang ipar sendiri.


Resepi dari kak Ani ni sebenarnya Roti Boom tapi sebab 1st time buat dulu (tapi tak berapa menjadi sebab doh tak pandai uli) rasanya sedap jadi saya cuba juga buat lagi sekali. Sementelah ada cikgu yang sudi tunjuk ajar jadi dapat gak ler agak dekat mana salahnya masa buat resepi ni. Resepinya dah dikongsikan disini



Kedua-dua resepi tu berbeza sedikit bahan-bahannya. Jadi rasanya pun agak berbeza sedikit. Tapi yang pasti kedua-duanya memang sedap. Resepi kak Ani tu tak der guna margarine di dalam doh manakala resepi abang ipar ada menggunakan banyak margarine. Mungkin sebab cara kak Ani margarine disalutkan sekeliling doh jadi rasa sihat sikit kot hahahah.


Pening gak mulanya sebab bila membuatnya nak sama je antara yang ada margarine dengan yang tak de. Jadi tak tahu nak pilih mana yang lebih baik diamalkan. Tapi lepas diselidik-selidik baru tahu yang buat roti canai ni terletak pada siapa gurunya. Sebab guru-guru ni akan beri resepi yang berbeza antara satu dengan yang lain.


Kali ni saya nak kongsikan resepi yang abang ipar saya perturunkan pula. Jadi pada rakan-rakan boleh ler pilih mana resepi yang dirasakan sesuai kay.


ROTI CANAI

By: Abang Iparku, Kelantan 


Bahan-bahan:
  • 1kg tepung gandum
  • 500ml air
  • 1 sudu besar garam
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar margarine
  • 3 sudu besar gula

Caranya:

1.  Sapu margarine disekeliling bekas simpanan nanti.

2.  Masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati. Uli hingga benar-benar sebati lebih kurang 30 minit.
Bulat-bulatkan doh dan sapu margarine disekelilingnya dan perapkan selama semalaman. Kiranya sampai esok pagi le. Ikut saya cuba itu hari kami dapat lebih kurang 20 biji sama macam resepi kak Ani tu. Tapi apa yang pasti semuanya ikut kebesaran memasing lah ye. Letak rapat-rapat yer antara satu sama lain bagi diarang berpelukan sesama doh ;)

3.  Salut lagi doh dengan margarine dengan banyaknya heheh.


4.   Keesokan harinya terus mulakan proses mencanai. Masa ni memang dahsyat la sebab inilah masa bermain dengan minyak yang banyak. Pertama-tama basahkan permukaan tempat canai dengan minyak. Kemudian letak doh..kat tangan mesti ada minyak juga. Tempek-tempek dengan tangan. Kalau pandai tebar dan lambung lagi elok. Kalau tak pandai boleh tarik-tarik je sampai meregang..Jangan lupa...main minyak jadi minyak kena ada selalu pada tangan.

Jika takut bermain ombak jangan berumah ditepi pantai. Jika takut bermain minyak jangan berani makan Roti Canai :0


5.  Percikkan sedikit minyak dan lipat doh di kiri ke tengah dan begitu juga belah kanan. Ada juga yang main gulung je. Up kepada apa yang kita rasa selesa. Jadikan ia bulat (gulung jadi macam rupa siput). Dah buat semua habis baru canaikan semula doh tadi bagi leper.Yang ini kena ikut urutan tau mana dulu mana kemudian. Jangan langgar turn..nanti dia merajuk.

6.  Dah siap canaikan semula tu boleh le digoreng sehingga masak. Gunakan api sederhana je tau kang hangus pulak roti canainya. Naya menguli semalam tu.

7.  Setelah siap dimasak sila tepuk-tepukkan bagi lembut roti yang telah masak tadi. Ini syarat wajib meroti canai sebaik siap masak yer. Kalau tangan tak cukup keras boleh guna segala macam tool untuk tepuk-tepuk roti canai tu ;p.

Ihsan forum ratuhati. Kawan tak leh up load gambo dah....
 
8.  Hidangkan kuah dhall seperti dalam resepi ni atau kuah kari. Sedap juga dicicah dengan kuah sardin dan lain-lainlah. Kot tak makan begitu je pun dah sedap.    



Ha...dah siap pun. Jemput makan semua hehehhe. Lapau dah ni so saya soru dulu yer :)


Berrp Alhamdulillah. Opsss sowi heheh.

Full dah perut ni...nak nonton ke nak cari bantal???????


Jadi begitulah resepi Roti Canai kedua saya kali ni. Janji dah tertunai so sila le kawan-kawan pilih kay yang mana satu pilihan kalbu heheh.. See u around next time. Perut dah kenyang so nak rest jab menonton jom....:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...