Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 13 Jun 2012

Telur Dadar Special 2 Puteri


Assalamualaikum.


Ni sekadar nak kongsi resepi Telur Dadar yang biasa saya buat. Simple je tapi best. Mentang-mentang sendiri buat asyik puji best je hehehhe.


Saya ni biasa lah main masukkan je apa yang ada kat dapur ni tapi kalau buat telur dadar ni wajib saya akan masukkan cili hijau, bawang besar dan daun kobis. Rasanya yang manis datang dari bawang dan daun kobis tu yang buatkan jadi wajib untuk saya masukkannya. Masukkan pulak herba parsely kering sikit. Okay tu... Kalau ada kelapa parut akan saya masukkan sikit tapi kadang-kadang saya ganti dengan quaker oat tu hehe.


Telur Dadar Special 2 Puteri

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur ayam
  • 1 biji bawang besar - potong nipis
  • 1 biji cili hijau - potong serong nipis sikit
  • 1 kelopak daun kobis - kalau besar sangat ambil 1/2 je. Hiris nipis-nipis pendek yer
  • 1 sudu makan quaker oat - kalau ada kelapa parut leh ganti
  • Sedikit garam dan lada sulah
  • 1/2 sudu kecil Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Sedikit flakes basil kering
  • 1 sudu besar mayonis/ 1/2 sudu minyak zaitun - ikut suka nak masukkan atau tidak
  • Sedikit air
  • Tepung beras - jika suka
  • Minyak untuk menggoreng


Caranya:

1. Pecahkan telur dan campur sedikit air dan mayonis atau minyak zaitun. Kacau sebati.

2. Masukkan semua bahan lain. Sebatikan.

3. Panaskan minyak atas api sederhana kecil dan goreng semua bahan tadi hingga masak. Tutup kuali dengan tudung.

4. Masa nak ali hati-hati yer. Kalau tebal sangat takut nanti masa nak alih dia terpatah pulak. Hilang serinya. Kalau dah masak tutup api dan angkat.


Ha... Dah siap pun. Hidangkan ketika masih panas bersama nasi putih dan kuah sardin atau sup tulang.  Baru lebih yummy heheh. Bon appetite!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...