Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 30 Julai 2012

Kuih Serabai I

Resepi I


Masa kecik-kecik dulu nenek saya, Allahyarhamah Yong Abdullah (alfatihah buatnya) selalu gak masak kuih serabai. Memang sedap. Tapi bila remaja saya dah bersekolah asrama, jarang-jarang dapat jamah hidangan ni. Yer la masa diarang buat saya mungkin tak der, jadi kalau balik kampung sekali sekala tu kot nasib baik je dapat makan kuih serabai ni. Dah bekerja lagi tak dapat sebab nenek pun dah makin uzur dan saya pun dah makin susah nak balik. So lama gak ler tak merasa memakannya. Tambah sejak nenek meninggal lagi tak ler. Sedih sangat...


Nenek memang terer bab masak memasak ni. Apa yang disentuh selalu jer hasilnya enak. Mungkin sebab orang dulu-dulu tetap dengan cara diarang. Tak ubah-ubah sesuka hati kot. Tapi tu ler ruginya saya tak sempat belajar. Apa yang saya masak hari ini adalah hasil ingat jer apa yang pernah saya tengok dia buat. Belajar secara khusus tak der. Itu sebab apa yang saya buat tak der sukatan. Main agak jer.


Demi untuk belajar balik juadah yang dia pernah buat saya cuba cari kat internet resepi kuih serabai ni. Ada gak juadah lain. Tapi saya kongsi yang ini dulu kay. Sejak kenal My Resepi baru lega sikit rasanya sebab banyak resepi yang saya boleh cuba. Tambah-tambah semua resepi tu menjadi. Saya pun cari ler resepi kuih serabai ni. Alhamdulillah jumpa 2 resepi. Satu milik perkongsian Delila manakala satu lagi milik kak Fida. Saya salin kedua-dua resepi dan cuba. Alhamdulillah memang menjadi. Rasanya pun sama sedap macam nenek buat. Sekarang dah berkali-kali saya buat memang sedap sangat.


Kali ni saya kongsi resepi milik Delila dulu yer. Yang ni lebih macam nenek buat. Lebih dekat dihati saya. Guna lebihan nasi yang dimasak. Lepas tu peram semalaman. Makan lak masa nak berbuka pergh.. Syahdu sunggu hati ini. Jom tengok resepinya...


KUIH SERABAI

By: Delila, My Resepi
Hidangan: Untuk 4 orang

Bahan-bahan
  • 500 gram tepung beras
  • 300 gram nasi - kisar bersama sedikit air
  • 1 1/2 biji kelapa - gunakan air suam utk memerah santan, jadikan 1 liter
  • 1 1/2 sudu kecil mauripan / baking soda
  • Garam secukup rasa

Caranya

1. Campurkan mauripan/baking soda dengan santan suam. Kacau sebati dan campurkan ke semua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam. Kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara. Kalau nak lagi mudah masukkan saja dalam blender dan kisar hingga hancur dan halus.

2. Panaskan acuan serabai dan sapukan sedikit minyak. Kalau tak der acuan macam saya guna je kuali/belanga yang berlekuk tu.

3. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil. Tutup dengan tudung hingga masak. Buat hingga habis adunan.


Dah siap dan boleh dimakan dengan kuah durian/serawa durian, kari ayam atau sambal tumis. Enak sangat dimakan panas-panas bersama secawan kopi O kaw... Hehheh. Thanks Delila atas resepi yang mengimbaukan kembali kenangan saya bersama nenek, Allahyarhaman Yong Abdullah dan atuk, Allahyarham K.S Mohammed. Miss them so much...


Pengusaha kuih serabai yang glemer kat Penang. Dari sumber yang sahih.. Mak cik ni boleh jual sehingga 6000 keping sehari. Fuhhhh ada sesapa nak bukak gerai jual kuih serabai lepas ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...