Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 1 September 2012

Resepi Hebat: Apam Balik.... Masa balik kampung makan sedap nih :)


Bismillahirrahmanirrahim


Semalam letih dah cerita pasal kemerdekaan Malaysia kan. Panjang lebar cetanya sampai kena buat 3 chapter... Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!, Lagu Negaraku dan Watikah Permasyuran Kemerdekaan Tanah Melayu. Saja le nak berkongsi.. Tambah pengetahuan am. Harap-harap lepas ni anak-anak pulak baca untuk pengetahuan diarang lak. Maaf le panjang lebar tapi itu sejarah kita yang wajar rasanya kita semua ketahui untuk tanamkan rasa cinta yang mendalam kita terhadap negara, agama dan bangsa kita yang satu nih.


Lepas tulis ceta kemerdekaan yang panjang lebar tu rasa lapar le pulak... Jom ke dapur pulak kita yer :) Kali ni saya nak buat Apam Balik. Bahan-bahan sumer dah ada jadi senang le sikit kerja. Memang apam balik ni manis sikit tapi saya sekarang dah kurang ambil gula jadi sesekali tak salah ler kan heheh. Alah dah terbiasa kurang manis kalau masak apam balik ni pun harus sikit je letaknya. Ala-ala ada je ikut syarat heheh. Kang kot tak letak pelik pulak jadinya kan.. Apam apa pulak jadinya tu? Bahan-bahan lain yang agak mudarat tu kita kurangkan tapi yang agak-agak elok banyak kan ok tak petua saya lak hehhe...


Apam balik ni biasanya merupakan juadah yang hanya kita dapat beli kalau ada pasar malam. Pada saya pulak kalau ke Taiping, juadah ni akan dibeli di gerai berdekatan dengan Stesyen Bas Taiping. Pada orang-orang Taiping yang pernah naik bas sure tahu punya. Dah tua-tua camni pun masih tak lupa Apam Balik Stesyen Bas Taiping. Masa mengandungkan anak sulung, Afif Khadyeeja kot terasa mengidamkan nak makan apam balik pun kat situ ler saya cari apam balik walaupun kat tempat lain pun ada jual. Tah ler feelingnya lain sikit.



Tapi sekarang kalau nak makan apam balik kalau ada kerajinan saya akan buatkannya sendiri. Bukan apa nak letak semua bahan lebih pun tak der sapa nak marah heheh. Siap beli pan khas yang tak lekat untuk masak apam balik ni. Bukan apa kot melekat hancus ler apam baliknya.


Apam balik ni ada 2 versi. Satu tebal manakala satu lagi tu nipis je. Tapi yang nipis ni dah makin nipis orang jual. Masa panas sedap ler crispy je makan. Tapi kala dah sejuk mak ai liat ler sangat. Itu yang tak bestnya. Tapi pilihan saya tetap yang tebal. Baru terasa sikit masa mengunyahnya. Makan pulak panas-panas... Isk tak hengat beb. Jom lah kita tengok resepinya. Tak ingat ler pulak mana saya ambil sebab saya ni jelajah merata gak kalau nak cari satu-satu resepi heheh.


APAM BALIK



Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Bahan tabur
  • 1 cawan kacang tanah - sangai, buang kulit dan kisar halus
  • 1 tin jagung
  • 1 cawan gula
  • Sedikit mentega/margarine


Caranya

1. Kisar gula bersama telur hingga kembang.

2. Masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Kisar lagi hingga sebati.

3. Masukkan tepung dan kisar lagi hingga ianya tidak bergentel.

4. Ambil satu senduk dan tuangkan pada pan yang telah disapu nipis minyak. Ratakan keseluruh pan. Minyak tu kena sapu rata-rata. Kang melekat pulak. Tutup kuali sebentar.


Bila le nak dapat pan macam ni heheh

5. Apabila aduanan dah setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Mentega tu ambil sikit jer tau ala-ala kelepuk sikit sana sikit sini dah ler. Masak hingga kekuningan dan terus lipat 2 setelah masak.


Lepas lipat terus sapu margarine kat atasnya yer bagi berkilat sikit baru cun


* Ada gak yang rajin nak nak buat kelainanan diletakkan coklat didalamnya. Sedap gak yang ni tapi yang masih saya tak dapat cuba dari dulu hingga sekarang apam balik pulut hitam. Teringin sangat nak cari resepinya. Kata orang sedap sangat. Dulu masa tinggal di Kampung Baru KL tak pernah berpeluang try sebab tiap kali lalu gerai yang jual apam balik jenis ni yang kat depan Masjid Kampung Baru tu sure dah habis katanya. Isk geram sungguh. Saya dah jumpa satu kat rumah Rhuzzana dari Aneka Cipta. Ingat-ingat kot rajin nanti leh try buat ler jenis ni pulak.

Apam balik coklat

Apam balik pulut hitam berkelapa

Apam balik sekaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...