Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 7 September 2012

Cerita Hari Ini Produk Malaysia


Heheh dah lama yer saya tak update pasal produk syarikat. Banyak cita pasal benda lain je. Bukan pe... Ceritanya lebih kurang sama je kitarang sekarang tunggu que untuk siapkan order ke Tesco. Tinggal nak masuk meeting satu step je lagi. Bab lain pun sama... Buat produk, hantar ke kedai-kedai dan Pasaraya Mydin...


Haduh memang penantian tu satu penyiksaan tapi tu le kena tunggu gak le sebab dah bersangkut dengan kerja orag kan heheh. Tapi kalau lama sangat sebak gak le dada nih huhuu.


Insyaallah minggu lagi satu kitarang akan hantar produk ke Mydin MITC Melaka. Kalau sesapa yang nak dapatkan Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri harap-harap bersabar lah ye. Rasa-rasanya dah habis tu kat Mydin tu. Bukan tak nak antar cepat tapi ada masalah bahan mentah. So harap-harap bersabar ye. Insyaallah tengah bulan ni produk kitarang ada kay... Nanti next two week usha kat bahagian Agrobazaar yer. Tempat lain ada masuk kat bahagian sos dan kicap juga. Tak pasti lah saya kalau kat Melaka ngan Negeri Sembilan tu. Harap-harap sama le. Kalau masuk lorong sos dan kicap cepat lagi le perjalanan jualan produk kami macam tempat-tempat lain. Lagi kerap le kami kena hantar.


Tapi takat ni Alhamdulillah kat Melaka sambutan memang best.. Tiap kali order masuk banyak lebih dari tempat lain. Thanks orang-orang Melaka :)


Kat Tesco nanti Insyaallah akan masuk 2 produk, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri. Tu yang best tu. Mungkin Cili Boh Asli 2 Puteri tu tak le kat bahagian fresh/sayuran tu tapi mungkin kat rak dibahagian IKS juga. Wallahualam. Harap-harap orang mudah le jumpa yer tak. Insyaallah kitarang bagi yang terbaik dan yang bermutu...


Mungkin kowang pelikkan kenapa saya suka ucap Insyaallah. Tak terus bagi jaminan. Heheh siapa lah saya nak bagi jaminan. Kami dah beri yang terbaik, pilih bahan yang terbaik dan bermutu. Tapi hanya Allah yang menentukan semuanya.. Kami dah berusaha, sekarang berserah kepadanya :). Itu je sebabnya heheh... Tapi saya jamin dibahagian saya, kami dah buat yang terbaik. Sebab tu kami dapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kalau nak confirm leh scroll kat tepi belah kanan tu. Ada le saya sertakan bawah Sijil Halal. Itu bukti kami jalankan segalanya ikut prosedur yang ditetapkan oleh KKM :).


Teringin gak nak pasarkan ke negeri-negeri lain selain dari yang ada sekarang. Tapi tu le kami tak mampu lagi nak pergi sendiri. Kekurangan staff yang nak boleh hantar jejauh. Ye la kerja sendiri.. Mana le mampu sampai jejauh. Kang tak berjumpa lak kami suami isteri nak keja semua tempat. Naya beb heheh.


Harap-harap ada le pemborong yang sudi bawa produk kami ni ke tempat-tempat lain terutama negeri-negeri yang kami tak mampu sampai lagi seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor... Insyaallah kami akan beri harga yang terbaik untuk para pemboromg atau yang sudi bawa tu :) Kalau nak mesej kitarang yer :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...