Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 2 September 2012

Jenis Potongan Asas Sayuran


Masa salin resepi untuk jadual pemakanan sihat yang saya ceritakan tu hari, nampak ler saya beberapa perkataan yang tak pernah saya dengar sebelum ni. Potongan jenis Julienne. Isk apa tu??? Julienne tu nama orang ke hapa? Cam ner nak potong tu??? Isk la... Memang tak paham betul orang kampung macam saya ni. Jenis potongan pada sayuran atau pada daging dan ayam ni harusnya belajar kat kolej kulinari je kan. Orang macam saya yang tak sesabor nak kerja ni memang tak akan tahu. Sib baik ada intenet leh gak belajar tambah ilmu sambil-sambil mengomel kat sini :)


Terus onkan modem. Hehehh nak buat kerja modem tak leh pasang. Kang kerja tak menjadi heheh.


Minta tolong Mr Google cari sib baik jumpa.. Owhhhh baru faham apa tu potongan Julienne... Potong jejari cam fun fries tu rupanya. Hawat tak habaq awai-awai.. Yang tu chek tau la. Memang dok buat selalu dahhhh.


Cari potongan Julienne untuk daging... Jumpanya potongan Julienne untuk sayur pulak. Ah lantak le sama le tu kot....


Alang-alang dah jumpa tu meh saya kongsi pulak kat sini wokeh???? Jumpa kat mana?? Hehheh sori lupa nak catat sumber bacaan kat mana. Rasanya teman di Indonesia sana ya... Anyway, thanks pada insan tu... Jom baca.....


Potongan untuk sayuran terbagi menjadi berbagai macam jenis dan dengan adanya potongan yang berbeza ditujukan untuk fungsi yang berbeza pula. Potongan sayuran yang seragam akan membuat sayuran tersebut mencapai tingkat kematangan yang relatif sama dan dengan adanya potongan yang seragam maka akan terciptanya tampilan yang lebih baik pada saat makanan tersebut jadi.


Potongan-potongan untuk sayuran antara lain adalah :


1. BRUNOISE, dengan ukuran 1mm X 1 mm X 1mm
- Ini adalah turunan dari potongan julienne. Potongan sayur ini berbentuk kubus kecil. Biasa digunakan dalam memotong wortel, bawang, dan seledri 


2. JULIENNE, dengan ukuran 1 mm X 1mm X 3cm
- Potongan sayur yang berbentuk seperti batang mancis api, biasanya diaplikasikan pada salad, tumis sayur, sup atau acar. Julienne digunakan pada wortel, lobak, kol atau daun bawang


3. MACEDOINE, juga dikenali sebagai die atau cube dengan ukuran 1 cm x 1 cm x 1 cm
- Potongan ini adalah turunan dari potongan julienne juga. Berbentuk seperti dadu, biasa digunakan untuk memotong wortel, bawang, dan lobak


4. JARDINIERRE, dengan ukuran 1 cm x 1 cm x 3 cm
- Potongan ini adalah versi tebal dari julienne


5. BATONETTE, dengan ukuran 1 cm x 1 cm x 2 cm


6. PAYSANE, dengan ukuran 1 cm x 1 cm x 1 mm
- Potongan sayur yang berbentuk bujur sangkar



7. LOSANGE/ DIAMOND SHAPE iaitu potongan miring dengan ketebalan 0,5 cm


8. FRENCH CUT iaitu potongan miring untuk string bean


9. SHREDDED iaitu potongan seperti slice tapi dengan ketebalan 1cm


10. SLICE iaitu potongan nipis


11. CHOPPED iaitu potongan cincang kasar atau halus
 - Potongan ini tidak mempunyai bentuk yang pasti


12. SECTION iaitu potongan pasi, biasanya untuk tomato dan limau



13. TURNING iaitu potongan segi lima atau melengkung
 - Contong untuk sayuran seperti potato, carrot dan turnip. Selain itu ubi kentang (yang sudah dikupas) potong ujungnya, terus potong ke arah dalam, tapi jangan lurus, melengkung



14. CHIFFONED iaitu setebal 1 sampai 2 mm memanjang
 - Potongan ini khusus untuk menunjukkan potongan keluarga kol seperti daun selada yang dipotong atau diiris



Jenis Potongan Cincang

1. FINELY CHOPPED iaitu mencincang lembut, misalnya pada bawang putih, bawang bombay atau peterseli.

2. COARSELY CHOPPED atau cincang kasar, biasa digunakan pada tomato dalam pembuatan tomato concase.

3. CRUSH atau diulek misalnya pada lada, halia atau bawang putih.

4. GRATE atau parut, biasa digunakan pada kelapa, keju permesan dan bawang bombay.

5. MASHED bahan dicincang dahulu lalu disaring/lenyek halus, hasilnya merupakan bahan yang lembut.


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...