Selasa, 23 Oktober 2012

Bahan Masakan: Buttermilk


Buttermilk??? Apa tu????? Susu campor butter ker???

Itu ler saya. Mula-mula mengenal nama buttermilk dulu saya ingatkan campuran butter dengan susu hihih. Selama hidup tak pernah tahu pun apa dia. Lepas ditengok-tengok resepi barulah tahu yang jauh panggang dari api hahaha. Lepas tu bila ke pasaraya baru le mata terpandang kotak buttermilk ni. Kot tak tak pernah nampak.


Tinjau punya tinjau baru le tahu yang Buttermilk adalah produk komersial susu dibuat dengan menambahkan kultur (biasanya bakteri asam laktat) ke dalam susu rendah lemak (pasturised milk), menyebabkan ia masam dan menebal setelah didiamkan selama 12 – 14 jam di bawah suhu rendah (69F). Penghasilannya pula ada yang bergaram dan ada juga yang tidak bergaram. Tapi kebanyakkan buttermilk yang dijual mengandungi garam. Memiliki rasa tajam mirip dengan yoghurt dan bertektur lembut. Buttermilk biasanya memiliki kandungan lemak mentega kurang dari 2%. Ia lebih pekat dari susu tapi tak le sepekat krim. Ala-ala lemak berkrim je hihih. Daripada 1 gelen susu yang diproses hanya dapat menghasilkan 1/2 pint buttermilk je.  Isk isk... gitu yer.


Sebenarnya buttermilk ni bukan senang nak jumpa kat mana-mana pasaraya. Yang terpilih je sebab jenis tak tahan lama. Jadi jangan nak berangan le nak cari kat kedai runcit belakang rumah tu hihihi. Kat pasaraya pun ada sesetengah tempat je yang jual.



Kat sini ada beberapa kaedah buat buttermilk kalau sukar sangat nak jumpa kat pasaraya terdekat. Antaranya

Cara Pertama :



1 cawan susu
1 sudu besar jus lemon

Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Dah siap menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah ia mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.


Cara Kedua:

1 cawan susu
1 sudu besar cuka makanan

Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit.

Cara Ketiga:
250 ml susu cair 
1¾ sudu makan cream of tartar 
atau 
1 cawan susu
2 sudu teh cream of tartar
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit.

Cara Keempat:
 Menggunakan Krim Tenusu / Dairy Wipping Cream ~ Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream. Cari yang halal yer ;) Antara jenama yang sering jadi pilihan Anchor, Emborg, Payson Breton.
Gambar dari sis Azlita Aziz, fromintankitchen

Putar Krim tenusu / Dairy Whipping Cream (Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream) hingga ia kental. Proses ini sama seperti kaedah penyediaan krim. Teruskan memutar sehingga ia akan mencair semula, dan terpisah 'seperate'. Hasil dari pengasingan ini menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan).



Cecair yang putih-kekuningan itulah buttermilk dan boleh digunakan dalam pembuatan kek yang memerlukan buttermilk. Pepejal kuning yang terhasil pula adalah butter. Jangan pulak buang bila tengok buttermilk yang terhasil jadi berbuble. Buttermilik rasa seakan susu basi kerana kemasamannya sebab itu tak tahan lama kalau beli yang kotak. Tapi jangan pandang pada rupanya... Pandang pada hasilnya, kek yang guna buttermilk akan jadi lembut, gebu dan hmmm yummy.


Kalau dah Malas Nak Campur-campur:
Buttermilk juga dapat diganti dengan yoghurt atau krim masam dengan jumlah yang sama hihihi....
Antara hidangan yang terhasil menggunakan buttermilk dalam resepinya adalah Kek Red Velvet yang glamor tu... Kalau guna untuk membuat pancake... Boleh dilihat tekstur pancake yang dihasilkan lebih lembut, empuk, sponggy, fluffy dan moist tanpa menggunakan lemak yang banyak. Macam magic. Tak caya??? Jom kita cuba sesama ;) Lain-lain hidangan pulak Cream Cheese Buscuit, Chocolate Banana Oat Muffin, Baked Buttermilk Chicken dan lelain.




2 ulasan:

  1. kat bintulu ni memang tak jumpa buttermilk ni. kalau ada pun, barangkali terlepas pandang. Hari tu buat kek guna kaedah susu letak cuka..memang jadi..sedap juga ^^

    BalasPadam
  2. betul tu Mel. memang jadi gebu gebas. makan lak panas-panas ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...