Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 2 Oktober 2012

Budget 2013 - Pro dan Kontranya Kepada Kehidupan


Hari ni nak sentuh bab berat sikit. Eh banyak. Eh... 28 September tempoh hari our beloved PM dah membentangkan budget untuk tahun 2013. Ramai yang dah sentuh bab ni tapi saya baru hari ni nak sentuh sikit. Sekadar pandangan orang bawah je.

Syukur sangat-sangat sejak PM mentadbir kerajaan banyak perubahan yang dilakukan untuk rakyat. Mungkin ada yang anggap ini wajar, mungkin ada yang persoalkan dan mungkin ada yang suka tunggu dan tengok. Macam saya lebih suka releks. Tunggu dan tengok. Tapi sepanjang pengamatan saya memang banyak yang berlaku. Kadang kala apa yang dilakukan tu baik pada sebelah pihak tapi sebelah pihak lagi kurang bernasib baik. Tapi itulah manusia ni macam-macam citarasanya, memang takkan dapat dipenuhi kesemuanya. Yang bernasib baik, bersyukurlah. Pada yang kurang, tawakkal pada Allah Insyaallah.


Rakyat, Kakitangan Awan, PDRM, SPRM, Tentera dan lain-lain


PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
 

1. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah - RM1.9 bilion
 

2. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-­‐isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000

- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014
3. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan
4. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.
BANTUAN DAN SUBSIDI
1. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 - isirumah berpendapatan ≤ RM3,000
-Bantuan tunai RM250 - individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,000
 

2. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen dengan perbelanjaan RM278 juta)
3. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) - RM 1.5 bilion
4. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan
5. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­‐Labuan-­‐Sabah
6. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak‐Labuan-Sabah
BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM

1. Pemberian 1 bulan setengah bonus



MEMPERMUDAH IBADAH HAJI
 

1. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000

KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI
 

1. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan - RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu
 

2. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai

MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR

1. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan - RM3,000

 

Saya lihat PM banyak cuba menangi hati rakyat keseluruhannya. Kalau dulu-dulu kerajaan lebih menumpukan untuk membangunkan negara melalui kontraktor atau orang tengah tapi sekarang lebih direct pada orang ramai. Keadaan ini ada pro dan ada kontranya. Pronya, semua dapat merasa. Dari anak-anak kecil hingga warga emas. Insyaallah semua bernasib baik. Tapi kontranya, banyak syarikat kontraktor sekarang yang tutup. Kalau tak pun memang meleleh le. Hanya yang kuat terus kekal tapi itu pun agak-agak je. Kesian le jugak. Tapi masa award diarang (kontraktor atau orang tengah), ada gak yang terleka dan jadi ali baba. Tu camno...

Tapi nak salahkan kontraktor pun tak boleh gak, sebab kadang-kadang orang yang berkuasa yang sebabkan wujudnya masalah kepada setiap projek. Memang atas kontrak tercatat jumlah kontrak yang besar, tetapi sebenarnya masalah birokrasi dan lelain jumlah tu jangan kata 1/3 kadang kala cukup-cukup makan je. Siapa sanggup sesaja rezeki hasil usaha sendiri nak agih pada orang tapi itu lah... Pengeluaran terpaksa lebih dari jumlah pendapatan yang diperolehi. Akibatnya kontraktor terpaksa potong sana potong sini. Itu sebabnya kadang kala terjadi projek baru siap dah ada masalah. Kalau syarikat besar ok lah tapi kalau kecik memang meleleh le.

Namun sejak PM buat terus pada rakyat, dah kurang kita dengar cerita masalah dalam pembangunan sesebuah tempat. Sebabnya syarikat besar yang mampu je buat so tak der la masalah ini berlaku sangat. Kalau ada pun karenah diarang leh atasi segera sebab kemampuan kewangan lebih. Begitu gak dalam lain-lain bidang yang dikontrakkan. Namun ada juga perkara-perkara yang tak perlu dikontrakkan untuk menjimatkan kewangan negara. Sebaliknya jabatan-jabatan kerajaan yang perlu lakukan sendiri. Mungkin cuma perlu cari alternatif sedikit sahaja lagi untuk mengawalnya seperti menjaga parking dan menurap jalan yang berlubang dalam konteks kecil-kecilan.

Buat kakitangan awam termasuk PDRM, pesara, tentera dan yang berkaitan, Alhamdulillah tahniah atas bonus, pinjaman perumahan, perlindungan insuran berkelompok, pengecualian cukai dan pencen yang makin meningkat. Moga dengan ini kehidupan lebih selesa. Kerja kena le kot heheh. Jangan mare :).. Terasa pulak nak apply kerja as kakitangan awam, ada peluang tak lagi??? Kalau ada saya janji akan kerja dengan bersungguh-sungguh. 9-5 memang solid kerja. As x staff swasta (tapi sekarang kira swasta gak le kan), saya memang dah terbiasa kerja tak de chance nak ngelat so rasanya boleh kot. Tapi agak-agak dalam keadaan yang ramai siswazah sekarang apa jawatan yang saya layak??? Tukang mop je kot heheh.


Janji Ceupacs melalui Presidennya Datuk Omar Osman boleh baca kat nescafeais antaranya..

"Tambahan 30 minit kerja setiap hari tanpa ganjaran sebagai tanda komitmen jika tuntutan CUEPACS dipenuhi. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam bajet 2013."




Pengusaha Purusahaan Kecil Dan Sedarhana, Bumiputera, Wanita


PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA

1. Projek MRT -­‐ sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera

2. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­‐ RM 1 bilion

3. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta

4. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India


MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
 

1. Pembangunan PKS
-Skim Pembangunan PKS - RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-­‐2020) - RM 30 juta bagi tahun 2013
-Dana Industri Halal - RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
 

2. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)


PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT

1. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ‐ melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I‐KIT)
- Program Get Malaysian Business Online (GMBO) - geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan website
- Pemeriksaan percuma ujian Mamogram - manfaat 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA - manfaat RM1.2 bilion
- Program 1AZAM - manfaat 58,330 peserta
 

Sebagai pengusaha kecil PKS yang bertaraf bumiputera saya memang amat berharap dengan bantuan yang ada ni dapat membantu menambahbaikkan syarikat yang saya bangunkan ini. Mungkin ada yang cakap kenapa perlu 'tongkat' untuk memajukan diri? Usaha sendiri jangan harapkan bantuan. Tapi kami orang kecil yang punya wawasan besar. Keinginan ada, usaha ada tapi kewangan yang kurang. Mereka-mereka ini sering bandingkan diri pengusaha bumiputera yang meminta dana kejayaan dengan orang-orang cina, orang-orang yang dah sedia 'besar' yang tak perlukan semua itu. Tapi mereka terlepas pandang bahawa orang-orang cina selalunya mewarisi kekayaan keluarga sejak zaman berzaman. Begitu juga orang-orang besar yang punya modal yang kukuh untuk melonjakkan lagi diri diarang. Tapi bagi pengusaha bumiputera yang kecil, tiada kekayaan yang diwarisi. Tiada kewangan yang dapat memangkin kehidupan.

Bukan mudah untuk menempatkan apa yang kita ada dipasaran. Banyak karenah, masalah dan rintangan yang harus ditempuhi. Hanya yang kuat semangat dan memang berniat untuk berjaya yang teruskan usaha untuk menongkah arus deras. Dengan adanya dana kerajaan inilah sahaja pemangkin yang dapat membantu dalam meningkatkan lagi syarikat. Mungkin ada yang alpa. Bila dapat bantuan terus lupa diri tapi tak semua bersikap demikian. Bagi yang telus menjadi mangsa kepada sikap orang-orang yang begini.


Saya mohon kepada pihak-pihak yang berkenaan tolong pandang kejayaan 'kami' (pengusaha PKS) dalam menempatkan produk kami ke pasaran luas. Jangan hina kami dan lepas pandang akan usaha kami ini. Bantu kami untuk bersama-sama majukan negara. Kesalahan sesetengah orang jangan diletakkan ke bahu kami kerana kami tak sama seperti mereka. Kami ingin berjaya. Bila kerajaan telah berikan dana, bantuan, insentif dan geran tolong nilai kejayaan kami dan berilah bantuan. Jangan pandang sepi atau perkecilkan kami. Jika rasakan kami ada kekurangan berilah pandangan yang membangunkannya lagi.

'Anda' telah menikmati pemberian kerajaan kepada anda. Tolong kami untuk menikmati hak kami juga jika kami layak. Demi kejayaan syarikat, keluarga dan negara kami akan menggunakan apa yang diberi sebaiknya. Maafkan saya tapi itulah kebenaran yang agak pahit didengar. Jangan hanya menumpu kepada pendapatan tahunan lebih RM200,000 sahaja tetapi kepada yang terbukti berusaha. Longgarkan syarat jika dapat lihat adanya kejayaan kecil dalam syarikat kami. Jika khuatir akan adanya penyelewengan pada syarikat kecil seperti kami sila pantau sehingga datang keyakinan. Bersamalah kita bangunkan negara dalam apa cara sekalipun agar faedahnya kita rasakan lebih lagi dari apa yang kita rasakan sekarang...





Pelajar, Siswazah, Belia, Atlet


MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR
 

1. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ‐ RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks
 

2. Program bantuan persekolahan - RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5

3. Program Baucar Buku 1Malaysia - RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6
4. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000
PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN
 

1. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)
 

2. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten

PROGRAM JALUR LEBAR RAKYAT
 

1. Mewujudkan 100 Pusat Internet 1Malaysia di kawasan perumahan rakyat


BELIA DAN SUKAN

1. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa - Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban

2. Program pembangunan belia

- Program Y-Creative - penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) - usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund - pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U - menggalakkan aktiviti sukarelawan belia

3. Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G - manfaat 1.5 juta pengguna



Syukurlah banyak manafaat diberikan pada kalian. Hargainya. Berusaha untuk peroleh lebih kejayaan. Jangan disalahgunakan apa yang diberikan demi kebaikan diri dan negara. Moga kejayaan bersama kalian kelak :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...