Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha & Kesihatan Kami


Selamat menyambut hari raya AidilAdha buat semua. Moga bergembira di hari mulia ini.


Dalam kegembiraan nak sambut hari raya ni kami sekeluarga tak sihat le pulak. Masing-masing batuk, selsema. Aduhai rasa kurenggg sikit jadinya. Tapi raya tetap diteruskan hihihi. Ketupat lemang dan siap dimeja, tinggal nak buat rendang pulak lepas ni. Alah sediakan rencahnya saja dulu. Esok baru masak hihihi. Insyaallah nanti ada-ada masa saya kongsikan resepinya. Nak masak terus malas le pulak sebab badan tak berapa sihat. Tak sabar nak berehat je.


Tak sihat ni sebab 'down' sebab ada yang complain tak jumpa Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat pasaraya Tesco kot heheh. Sebenarnya semalam lepas dapat berita tak enak tu terus kitarang call pegawai kat Tesco. Tapi dikatanya ikut rekord semua dah dihantar. Jadi kitarang dengan semangatnya terus ke Tesco Taiping. Kebetulan kat sini pun tak der jadi mudah le nak usha bila ada apa-apa masalah.


Tapi bila dah sampai dan cari sana sini tetap tak der. Apa yang dah jadi? So kitarang pun tanya le pada pegawai yang handle bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita'. Bila di rujuk pada sistem memang ada. Jadi dia pun tengok le pulak kat store diarang tapi tak der. Iskkkk lagi.


Ini kalau tak settlekan cepat camner kitarang nak tengok perjalanan produk. Camner nanti kalau pihak Tesco kata produk kitarang tak laku sedangkan kat pasaran pun tak der. Isk isk isk... Masalah-masalah...


Tadi masa Mr Hb hantarkan Cili Boh Asli 2 Puteri dia ada cuba settlekan masalah tu. Tapi katanya nanti diarang check. Entah le harap-harap betul-betul le diarang check dan settlekan le segera. Tapi, Alhamdulillah juga sebab bak kata Mr Hb sib baik cawangan Tesco Taiping pun tak der, mudah gak kitarang nak usha dan usahakan apa yang patut. Kalau tak entah le..


Banyak juga cabaran yang kitarang dapat, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya cuma kerja kena lebih le sikit hihihi. Dugaannnnnn.


Alhamdulillah hari ni baru dapat tahu yang ada gak tempat yang dikatakan tak der tu bukan sebab tak dihantar. Tapi sebabnya DAH HABIS heheh. Sudah hati akak dikkk. Yang tahu pun sebab dapat order baru tadi. Kat situ ada tulis kat mana yang nak kena hantar balik. Syukur Alhamdulillah. Tapi yang kat Taiping tetap masalah yang sama... Dalam sistem ada tapi tak sampai kat cawangan. Insyaallah by next week kitarang cuba selesaikan mana yang patut. Moga-moga selesai le nanti. Aaamiin.


Lagi satu leganya sebab Mydin Hypermarket Terminal 2 Seremban dah mintak order baru. Insyaallah next week kitarang antar sekali dengan yang kat Tesco punya. Untuk Mydin Hypermarket Gopeng yang baru nak bukak tu pun dah dapat order. Alhamduillah... Syukur sangat-sangat.... So maknanya kat Perak ni tambah satu lagi cawanganlah yer. Dah masuk yang ketiga selain dari Mydin Hypermarket Meru Raya dan Mydin Manjoi. Syukur Alhamdulillah... Tu le dahsyatnya Mydin ni. 2012 terus tiga cawangan diarang bukak kat Perak ni. 


Terima kasih semua yang dah cuba produk 2 Puteri. Baik yang dah dapatkat kat Mydin ataupun yang dah dapatkan kat Tesco. Pada yang belum, cubalah. Insyaallah berbaloi dan menepati citarasa kowang.


Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...