Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 1 Disember 2012

Rindu Menggebu Gebu Dah Ni.... pssst...Ada le sikit nak kongsi


Eh dah 3 - 4 hari saya tak bersiaran yer. Heheh rindu pulak ndak mengomel kat sini. Mana tak rindu kat sini leh le saya menceceh segala macam topik yang saya ndak. Kot ada yang sudi dengar syukur kot tak maaf yer. Hihih penat-penat baca. Pa pun saya sayang korang sumer muuuuuuuuah.


Saya ni sibuk sangat beberapa hari ni. Ewah sibuk le sangat tapi yer la nak hujung tahun ni banyak le jugak yang nak kena selak. Mike-mike yang nak kena income tax tahu bebenor yer dak?? Hihihi. Belek sana, belek sini cari resit bagai. Habis satu rumah kena gembo hahahah.... 'Gembo'? Apa tu????? Entah le, sesuka hati je reka cipta perkataan. Jangan kena saman dek Dewan Bahasa Dan Pustaka udah le yer.


Pastu kena ngantor barang ke Mydin Bukit Jambul pulak. Eh lupa pulak ndak buat announcement.... Lekas le weiiiii SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI dah back in the Mydin Hypermarket Bukit Jambul market. Kang lambat habis rugiiiii.


Rasanya dah lama gak habisnya. Entah le tak le sure tapi rasanya la sebab tak order yang kitarang dapat tu nak sesegera mungkin. Kelam kabut gak ar hehh. Sib baik teman ni pro. So ASAP le ngantornya hahhaha. So pleaseeeee sesapa yang kat Bukit Jambul atau Penang, sila le dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami kat Mydin Hypermarket Bukit Jambul dan juga di Tesco Store Pulau Pinang (Bukit Jelutong), Tesco Store Tanjung Penang (Tanjung Tokong) dan Tesco Store Bukit Mertajam.


Syukur, produk kitarang yang kat Tesco Store dah makin kurang. Insyaallah this week kitarang anto yer. Sabarrrr ;)


Lepas hantar kat Mydin Bukit Jambul, kitarang terus bergerak ke Tesco Store Mergong. Entah apa angin rajin pulak ke satu cawangan kencang kitarang hihhi. Memang best ar. Tak sesia pergi jengah sebabnya dengan bangga tengok Sos Char Kueyteow 2 Puteri kitarang diletakkan dibahagian 'Promosi Hebat'. Kencang le dia disambar orang hihihi. Alhamdulillah, nak dapat duduk kat situ kalau takder 4 angka harap maap le. Tapi syukur Allah bagi peluang kitarang kat situ atas ihsan staff kat sana. Thank You sooooo Much yer staff Tesco Mergong!!!! We lap you... muuuuuuah ;). Staf-staf tempat lain pun jangan le kecik hati yer... We lap you toooo. Muah muah muah hehehh.


Tak sabar terus snap-snap gambo. Taip sayang nak kongsi kat sini takut kang rosak lak camera orang tu sebab cik komputer kecik  ni tengah sakit gak. Tah bila le nak hantor ke spital. Kang hanto kang banyak lak kerja tak jadi. Tu camner. Yang besar dah uzur ya amat. So duduk ICU tak kuar-kuar dah rasanya. Entah le, nak buat yang tu mau kena beberapa RM. Semua-semua makin rosak... Sabo je lah.


Semalam pulak ada appoinment dengan aweks cun dari Instititud Pentadbiran Awam. Salah sowangnya sahabat kat sini. Sapa nama tah... Punya le rancak bersembang sampai lupa nak tanya nama. Apa le keheinya saya ni kan. Teruk betul. Ni darling.. Kot ada baca please le tinggalkan massage kat akak yer.


Memula dengar ndak kena interview tergelak gak ler. Sapa le yang nak cari orang kecik tapi badan je beso nih hahahah. Nak cerita apa? Bukan le hebat sangat saya ni. Tapi demi memenuhi hajat, ok lah. Takat sikit-sikit tu leh le cerita. Tapi tak le gempak cerita saya ni. Takat pengusaha kecik macam saya ni entah apa yang leh dikongsikan yer dak?


Tapi macam yang biasa saya cerita le, kalau tak kuat semangat memang tah le kat mana kami sekarang. Mungkin dah jadi part of the histori kot hahahah. Uuuui jangan ingat mudah ndak berniaga ni. Banyak ranjau dan onak durinya. Part paling pertama sebelum berbisness kena ada target, kuatkan tekat dan tinggikan kesabaran dalam diri. Insyaallah 3 ni kena pegang kuat-kuat. Kalau tak memang hanyut le kena arus deras. Bukan setakat kena ada modal kewangan je yer. Modal ni pun harusss kena ada.


Walau bisnes warisan target kena ada. Takkan nak bawa takat apa yang ada je yer dak. Harus kena lebih sikit dari apa yang mak ayah dan datuk nenek kita capai. Tapi macam saya ni, nak mewariskan kat anak takkan nak bagi yang gegitew je. Harus bagi yang buat anak-anak tak malu nak bawa. I mean... Nak teruskan warisan ni. Jadi pemangkin pulak untuk diarang capai yang lebih lagi. "Anak-anak ku sayang... Ibu ayah dah siapkan satu kat kowang, esok I wan U to give me 10", hahahhahaah. Gitu le.


Tekat kot tak kuat, kalau kena dengan ancaman topan, ribut, petih, tanah runtuh, ecetra...ecetra... Harus punah. Jadi bina bisnes kena pasang dengan tekat yang kuat. Seutuh keluli, sekuat apa le yang korang leh agak hahahah. Banyak persaingan, kata-kata dan lelain yang boleh buat kita lemah. Tapi dengan adanya tekat, tak le kita hancur lebur. Takat calar sikit tapi leh simen balik per bagi hilang calarnya hihi.


Kami dulu naik bernanah gak telinga dengar kata kutukan orang. Biasa le tu dah part untuk push kita berjaya. Orang kan leh tengok orang lain lebih. Sikit sangat kot yang nak orang lain berjaya. Tapi dengan apa yang jadi ni le yang bagi kuatkan semangat kitarang lagi. Buktikan yang kitarang boleh berjaya gak tanpa ada tangan-tangan yang menyokong. Insyaallah Allah tu Maha Adil. Kalau korang betul-betul ikhlas. Toksah risau ma...


Last sekali banyakkan bersabar. Yang ni paling penting yer darling semua. Kalau tak sabar, harus ada yang masuk ICU dah hahahah. Banyak kejadian yang menguji kita yang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk hadapinya.


Tekad kitarang sedari awal biarlah rezeki yang kami cari ni benar-benar HALAL (bukan takat ada sijil halal Jakim tu yer) sebab kitarang bela anak-anak. Orang kata anak-anak yang diberi makan dari rezeki yang tak halal akan rosak akhlaknya dan bengap juga. Huiiii Nauzubiilah. Jangan le.


Sebab tu kot walau baru 2 tahun 4 bulan 4 hari, kitarang dah sampai kat sini. Syukur Alhamdulillah... Kami cuba berikan yang terbaik buat pengguna-pengguna kami. Macam saya cakap kat adik-adik tu le... Kalau kita suka sesuatu yang elok, harus orang pun nak elok macam kita atau lebih lagi. Sapa le yang nak kurang elok yer dak??? Itu paling utama. Pastikan apa yang kita buat harus menepati selera kita paling kurang pun. Jangan tiru sesapa atau cuba tindas pesaing-pesaing kita. Biar le kita berusaha dengan cara yang berkat supaya rezeki Allah bagi kat kita nanti rezeki yang benar-benar berkat dan halal. Memang susah kalau ndak berniaga cara ni saya tak tipu. Allah turunkan banyak dugaan sangat-sangat. Tapi tekad kena jitu, Insyaallah.. Dia pun tahu. Saja je nak uji hihihi.


Kot ada kat rak biar customer pilih apa yang dia suka. Produk milik kita atau orang lain. Kalau dah tercatat rezeki kita, biarpun besar alam produk orang tetap dia akan pilih kita punya. Kalau bukan rezeki kita, dah nak masuk mulut pun leh kuar balik. So serah pada Allah... Dia yang tentukan rezeki kita.


Paling penting... Beri apa yang kita kata atau janji. Jangan sesekali tipu. Tu kot nak tipu camner nak dapat rezeki yang berkat?? Cejawab. Ni ada yang tipu berat le, bahan le hapa... Tak baik menipu. Customer tu tak tahu mungkin tapi Allah tahu. Sapa nak jawab? Memang kita kena rahsiakan ramuan utama. Kot yang tu nak cerita susah le sebab itu punca rezeki kita, bisnes maa... Tapi bab lain jangan tipu. Bagi lebih pun tak per. Ingat je gift atau sedekah. So win-win situation tak rugi.


Tapi jangan ingat kalau dah buat produk sendiri mudah je orang nak bantu. Maaf yer... Apa yang kita dengar bantuan sana sini tu tak mudah sampai kat kita. Dengar peruntukan sampai jutaan RM. Macam-macam bentuk. Tapi tu le kekadang saya terpikir gak apakah kitarang je yang bernasib cam ni atau memang sebenarnya susah. Entah le. Kerajaan war-war ada dana sana, ada peruntukan sini tapi susah nak sampai. Panjat tangga sana jabatan.. Panjat tangga jabatan sini. Balik dengan hampa. Kadang-kadang tu balik dengan telinga yang nak bernanah sebab kena cemuh. Tu yang saya kata kena kuat semangat dan tekat. Kot tak memang ada yang masuk ICU le.


Sepatutnya bila kita dah datang dengan apa yang sepatutnya jadi bukti yang mengatakan kita ni seorang berusaha kena le sambut dengan baik. Produk ada, tempat ada, pasaran ada... Ni tak, pandang pun idak. Tapi yang nampak sangat diarang nak bagi pada yang tak de apa-apa. Beraninya. Kang kalau terkena mula le tindas orang lain. Sedari awal tak nak beringat. Sapa yang salah. Should be... Bila dah tengok sesuatu syarikat atau perniagaan tu dah mula dan dah nampak plan pemasarannya yang bernas sepatutnya bantu le apa yang patut bagi berjaya. Kalau tak pun bagi jalan yang bernas untuk mudahkan pergerakkan lagi. Jangan nak complain atau tindas je. Kot tak kroni tak leh la... Macam tu? Takkkk patut. Camner ndak dapat Syed Al-Bukhary lagi satu???? Cukup ke sorang je taikun bumiputera kat Malaysia nih?? Hehhah berangan tapi mana tahu kan kot dah rezeki.


Eh dah panjang bebeno teman menceceh bab ni... Kot ada yang nak jadikan panduan untuk mulakan kerjaya silakan. Saya kongsi apa yang saya lalui je. Kot tak pun tak pe. Jangan marah saya yer sebab saya ni ceritakan apa yang benar. Jangan ingat berlian terus je bersinar kalau sedari awal kita tak ambil dan gilap dia. Kot nak harap dia bersinar sendiri memang le dah bersinar tapi nak bagi mahal kena le kita usahakan bagi jadi bernilai. Betul le kot hahahahhaaha. Adios darl.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...