Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 6 Januari 2013

Siakap Sweet Sour Berempah 2 Puteri


Salam hujung minggu buat sahabat semua. Hujung minggu ni apa menu masak kat rumah tu? Kitarang kat rumah ni untuk hari ni saya jamu menu baru yang saya gubah sesuka hati je tadi hihii. Kiranya hari ni jadi Chef le saya ni hahahah sebab gubah menu sendiri. Layak ke tidak sila le cuba menu baru gubahan saya ni kalau ada berani dan nilaikannya sendiri. Kot ok leh le masak style ni lain-lain kali kot tak hihihii sila abaikannya.

Feel Like A Chef!! :)

Sesuai le dengan cogankata kitarang 'Feel Like A Chef!' so suka-suka hati je saya buat satu hidangan baru guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Sib baik bila dah siap, hidang kat Mr Hb dia tak complain. Siap makan habis. Bangga cek!


Sebenarnya kat rumah ni memang selalu beli si ikan siakap ni. Dah feberet Mr Hb le tu sebab dia yang selalu beli. Kot saya tak kisah janji boleh makan sudah hihihi. Tapi kalau dah selalu beli rasa letih juga le nak buat menu yang sama je. Kalau tak Siakap Tiga Rasa, Siakap Masak Sambal, Siakap Masak Stim dan beberapa menu biasa dengan cik Siakap ni. Tapi yang paling malas nak menyetim le. Tah kenapa walaupun mudah dan sihat tapi saya kurang minat. Mungkin sebab bila nama nak stim bermaksud kena keluarkan segala peralatan nak menyetimnya kot tu yang malassss je hihhi.


Mulanya tadi memang tak der idea nak masak style mana dah cik Siakap ni. Tapi masa nak menyalut seluruh bodynya dengan serbuk kunyit bagai terasa lak nak cuba style berempah. Lepas tu pulak teringat kat dalam fridge tu ada banyak lagi limau nipis yang baru saya ambil dari pokok terus nak try apply kat menu hari ni. Menjadi sungguh pokok limau nipis kat depan rumah tu. Sampai tak larat kitarang nak guna dah. Bersedekah kat jiran-jiran pun dah banyak. Mungkin sebab tu kot dia makin lebat berbuah. Bukan sebab nak raya cina yer heheheh.


Belek-belek bahan lain dah tak der dalam fridge. Sib baik hahahah. Kot tak harus saya gubah-gubah campur semua. Mau pening Mr Hb memakannya nanti hahahah. Sib baik ada carrot je hari ni. Nak masak sayur pun tak dapat sebab baki sayur kailan ada sikit. Tapi tak per... Saya pro dalam bab nak masak hentam kromok ni. Not to worry kata nenek hihih.


Masa Mr Hb balik dari memasak Cili Boh Asli 2 Puteri saya pun hidang le untuk santapan kitarang. Terus dia tanya, siakap apa tu. Sengih je la tak reti nak bagi nama hihihi. Tapi last-last dia sendiri cakap Sweet Sour ker? So lekat le namanya Siakap Sweet Sour Berempah 2 Puteri sebab guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai salah satu bahannya. Kali ni saya tak guna Cili Boh Asli 2 Puteri. Saja je. Kelainan sikit. Mentang-mentang tokey cili asyik nak bercili je hihi. So hari ni lain sikit tak der cili langsung. Tapi terasa panas gak sebab ada lada dan serbuk mustard. Ok lah jom tengok resepi ciptaan saya ni kay....


SIAKAP SWEET SOUR BEREMPAH 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: Sis Haslina, myredloves

Bahan Salutan untuk menggoreng
  • Ikan siakap
  • 1/2 sudu KFC serbuk kunyit
  • 1/2 sudu KFC serbuk mustard
  • 1/2 sudu KFC serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sudu KFC serbuk lada putih
  • Garam
Caranya
1. Salut semua bahan-bahan merata pada ikan siakap yang telah dicuci bersih. Perap sebentar.

2. Goreng sehingga garing atas api sederhana. Ketepikan.


Bahan Sos Sweet Sour Berempah 2 Puteri
  • Minyak untuk menumis
  • 1 inci halia - hiris memanjang
  • 1 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 1/2 sudu KFC serbuk mustard
  • 1/2 sudu KFC serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu KFC serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sudu KFC serbuk lada putih
  • 1 sudu makan (agak-agak je) Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Air limau nipis - dari 7 biji limau nipis yang ditapis
  • Sedikit sos ikan 
  • Sedikit air - agak-agak nak bagi berkuah je
  • Garam
  • Gula
  • 1 biji bawang besar - potong bulat
  • Sedikit lobak merah - potong memanjang nipis sederhana (agak-agak je)
 Caranya
1. Tumis halia, bawang putih dan bawang merah hingga layu.

2. Masukkan segala serbuk yang ada. Kacau sebati.

3. Masukkan sos ikan, Sos Char Kueyteow 2 Puteri, air limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula.

4. Jika suka berkuah, masukkan sedikit air dan sebatikan.

5. Bila dah mendidih, masukkan carrot dan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul sebati dan tutup api.

6. Siram pada siakap yang telah siap digoreng tadi. Wallah.... Dah siap.


Agak-agak camtu je resepi sempoi gubahan saya ni. Masamnya memang terasa. Tapi tak pe rasa manis ada cover sikit buat kita rasa sedap dan nak makan bertambah. Perasan hahahah. So... Agak-agak ada berani???? Cubalah ;).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...