Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 5 Februari 2013

Antara sahabat yang berpuashati dengan Produk 2 Puteri


Semalam masa kat kilang dapat massage dari sahabat lama, Azian Omar. Katanya dah try masak Char Kueyteow dah... Hihihi syukur sebab dia berpuas hati dengan hasilnya. Saya pesan supaya dia tak lupa tag saya untuk saya lihat hasilnya. Cik komputer tinggal kat rumah jadi kena sabo dulu le baru leh tengok hasilnya.


Pagi ni baru tengok gambar sebab semalam balik lewat terus masuk tidur. Penatttt sangat huhu. Terasa memang legaaaa sangat. Yer la orang dah keluar duit beringgit-ringgit untuk dapatkan produk kita. Sokongan sebagai seorang sahabat kepada sahabatnya. Jadi berdebar tu wajib selagi orang tak kata suka selagi tu le kerisauan saya ni susah nak hilang. Jangan kata dia, setiap kali keluar produk harus hati ni berdebar. Kami berusaha bagi yang terbaik jadi memang susah nak kikis rasa risau kat hati ni.


Saya tak nak le timbul sebarang rasa tak puas hati orang terhadap produk saya sebab saya hasilkan setiap produk kami ikhlas untuk bagi orang puas hati dengan hasilnya, bentu orang berjimat dan yang sebaik-baik yang mampu kami hasilkan. Jadi bila komen positf atau produk masih kekal pengeluarannya tiap minggu memang terasa lega sangat-sangat. Syukur Alhamdulillah. Kalau negatif nampaknya kena le kitarang cari jalan supaya jadi lagi baik. Tapi bila ramai yang bagi komen positif... Memang lega le kan


Sebelum-sebelum ni pun ada juga yang komen yang positif tapi tak reti saya camner nak buat cam ni....



Baru-baru ni ada try tanya kot sorang sis tu melalui FB tapi try buat sendiri tak boleh-boleh huhu. Insyaallah nanti kena le bawa ke kedai komputer untuk minta tolong diarang yang pakar hehe. Nak bawa sekarang masih tak boleh lagi sebab cik komputer ni kena pakai nak buat borang untuk permohonan Skim Keselamatan Makanan yang dikenali sebagai MeSTI tu... Kang hantar kat kedai, kerja tu pulak tertangguh. Nanti lambat pulak nak buat application. Tapi tak per dah tahu namanya senang... Irfanview kan... Nanti kalau ada komen positif leh kongsi-kongsi kat sini :)


Ni gambar yang sahabat tu tagkan....

Nasyeera Khairiah Nadzri...mmg menjadi aarrr, tqvm darling. - ambil dr komennya kat fb



Tadi sembang jab dengan dia kat Fb. Heheh siap buat 2 versi lagi pedas dan kurang pedas. Yang pedas tu untuk Cik Abangnya le tu. Yang tak pedas pulak untuk anak-anak. Hehhe macam anak dare saya pulak memang tak makan pedas langsung-langsung. Sib baik dengan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni boleh buat mee, kueyteow dan bihun goreng juga jadi mudah le. Dapat warna dapat rasa. Anak-anak saya kalau sos pun tak makan sebab pedas katanya. Payah... So bila guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri diarang boleh le makan. Kalau saya masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri pun saya cuma masukkan hujung sudu besar je sikit. Takat ni Alhamdulillah diarang boleh terima. Anak sahabat saya ni pun lebih kurang kot  tu yang kena buat 2 versi heheh.


Resepi dia follow yang saya bagi kat sini (kat botol pun ada sebenarnya) dan dia buat stok udang untuk dapatkan bau dan rasa manis udang seperti yang saya syorkan kat dalam resepi tu. Walau tak ikut sukatan tapi katanya jadi macam yang biasa dia makan kat kedai tu. Syukur... Leh nampak dalam pinggang tu bertimbunkan hehehhe. Tu baru puas. Mr Hb pun kalau banyak tu baru makan katanya. Kot tak lekat celah gigi je bagi comot mulut heheheh.


Ni satu lagi komen dari sahabat saya cik Missy cayang. Dia ni lagi le siap borong sekotak Sos Char Kueyteow 2 Puteri yang ada 24 botol tu. Pastu agih-agihkan percuma je pada kawan-kawan ditempat kerjanya. Memang terharu sungguh dengan apa yang dia lakukan. Bayar pun tak nak diskaun sebab kalau ikut memang le saya bagi harga murah untuk belian sekotak macam tu. Hanya Allah je yang mampu balas jasa dia pada kami. Terima kasih darling..... Tak tahu le cam ner nak balas jasa baik dia tu.

syeera,yg tinggal byk ni jer ko..yg lain udah yelek...hahaha...sedap chef... — bersama dengan Nasyeera Khairiah Nadzri

Missy Iena aku buat sambal sotong..kak aku kata sedap chef maikel...

Dia ni le yang selalu inform saya kalau Sos Char Kueyteow 2 Puteri habis kat Pasaraya Tesco Store Kajang heheh.


Banyak lagi yang dah bagi komen positif tapi tak dapat saya nak jejak dah heheh. Ingatkan ada tersimpan rupanya dah yilek hehehhe. Tu le yer nasib kalau dah rabun IT ni heheheh. Nanti saya kongsikan resepi sabahat yang guna Cili Boh Asli 2 Puteri kat sini. Yang tu selamat sebab dia tag gambar kat saya kat FB. Kak Uteh tu dah post lama dah gambar tu tapi baru teringat nak kongsikan. Insyaallah. Nanti-nanti yer....

Kamilia Ibrahim Kak Uteh Nasyeera Khairiah Nadzri...terima kasih ye Nas atas kiriman cili boh tu. mmg mudah kerja memasak dgn adanya cili boh 2 puteri.


  • Sufiya Annissa


    "Wah...hr ni aku masak pajeri nenas n asam pedas mmg terangkat aarr...aku bubuh 1 sudu sos char kuey teow. (actually aku tuang saja dr botol) ha..ha...perrghhh, sodap kau..."
  • Faridah Ali -

    "arr..sheera,jauh kit..tp..xle jd mslh sgt jk p tu...jk tesco extra yg kat alor star kat star gate tu..dkt la sgt2 ngan umh mak aku...xpe..nnti aku p bli....hehe

    kan jauh kit dr sbrg jy..kena bli le spare..lbh dr 1..ank aku ska sgt char koteow..kat cni ada...tp,cair&xpekt sgt....hampr ari2@selg sehari mnta bt..hahaha xmkn ns pn xpa..."
  • Azlin Ismail - "Thanks dear! :)"

**link ke nama-nama di atas dipadamkan untuk priversi sahabat berkenaan :)

Apa pun creditnya pada yang dah cuba Produk 2 Puteri le sebab Produk 2 Puteri cuma membantu je hidangan you all's... Yang teror sebenarnya kowang-kowang juga heheh.


Terima kasih pada semua yang dah cuba Produk 2 Puteri. Buat yang masih belum mencubanya, boleh dapatkan di Pasaraya Tesco Store di bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita' (ditanda dengan flag biru). Manakala di Mydin Hypermarket di bahagian Agrobazaar dan bahagian Sos. Insyaallah ada tu :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...