Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 7 Mac 2013

Burger Bakar.. Burger Bakar... Sini Ada yer


Alhamdulillah hari ni dah rasa ok sikit badan ni. Tinggal batuk dan selsema je lagi. Semalam rasa nak melengkor je atas katil. Sib baik dah berkeluarga, kalo masih bujang harus hahahah. Bocor rahsia hahahah. Tapi tu le dah berjangkit pulak kat Mr Hb dan anak-anak. Paling kesian kat Mr Hb le sebab dah nak ke Tesco mengantorkan produk 2 Puteri pulak. Sib baik tak jadi ke Kulai, Johor untuk mengantorkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebab nak kena bincang balik jumlah kotaknya. Kalau nak ikut first time kitarang nak kena hantar kat situ. Dah lama dioffer untuk supply Sos Char Kueyteow 2 Puteri untuk pasaran Pasaraya Mydin tu tapi kitarang je yang tertolak-tolak sebab jauh sangat. Takut le pulak Pak Tua tercerai badan satu-satu dalam perjalanan nanti heheh. Tapi dalam buruk-buruk pun Melaka sampai yer heheh.


Tapi semalam tanpa bertanya dulu terus je masuk order untuk Mydin Kulai tu. Biasa le kali pertama diarang memang ambik sikit-sikit je. Nanti kalau dah nampak sambutan dari pengguna baru jumlahnya akan bertambah. Tu yang buat Mr Hb jadi sendat sangat untuk menghantarnya tu. Nak pulak dengan van yang saya panggil Pak Tua ni yang pergi. Harus lebih sehari perjalanannya nanti. Tu hari menghantar ke Melaka pun sampai 23 jam perjalanan baru dia sampai rumah. Kalau nak ke Kulai tu lagi ler tambah beberapa jam kot heheh. Naik Pak Tua kalau cuaca panas memang cam duduk dalam oven la sebab tak der aircond. Lagi sedih kalau Abang trailer yang bawa sarat muatan pun siap boleh lambai tangan masa nak potong kita. Huhu lagi le tempherature naik jadi 250C heheheh.


Teringat last yer masa terpaksa mengikut Mr Hb menghantar produk sebab kena jadi co pilot. Saya kalau ikut sekali maknanya anak-anak pun kena ikut gak le. Memang le dah disiapkan tempat duduk seselesa mungkin tapi dek kerana tak der aircond, lembik diarang sebab keletihan yang amat sangat. Tapi syukur sangat-sangat masing-masing tak complain pun. Syukur tapi kesian la. Kecik lagi tuu. This year Mr Hb dah cekap arah jalan so dia le pergi sensorang. Tapi kesian le jugak huhu.


Nanti Insyaallah kalau confirm Sos Char Kueyteow 2 Puteri masuk Mydin Hypermarket Kulai Jaya saya inform yer. Apa-apa pun kena bincang dulu. Semua aspek kena kira, bab perjalanan pun kena kira gak yer tak. Kalau berbaloi Insyaallah tanpa ragu-ragu kitarang akan accept. Sapa tak nak rezeki kan tapi tu le jangan le pulak yang tu kita harap yang bab lain terpotong pulak. Dari Bukit Merah ni nak ke Kulai... Husssss memang le jauhnya. Dengan Pak Tua lagiiiiiiiiiii jauh nyaaa. Insyaallah harap-harap tahun ni perancangan kitarang akan berjaya. Dapat le pengganti kalau boleh jual atau peneman Pak Tua hendaknya. Enjin ok tip top. Yang lain-lain je heheh.


Sebenarnya yang saya nak kongsi hari ni resepi Burger Bakar. Tinggal kat kampung ni kami agak sukar nak dapatkan Burger Bakar yang dah lama gah tu. Rasanya nak sampai ke penghujung season per baru le nak sampai kat sini. Tapi tu pun saya sekeluarga masih tak merasa lagi heheh. Memang le kitarang ni terlambat dari yang lambat bab-bab ni. Sibuk hihihi.


Tu hari masa jalan di Kamunting saya tertengok satu benner yang cakap Burger Bakar ada kat situ. Habis je cakap kat Mr Hb, terus dia pusing balik. Teringin nak try katanya. Masa tu dalam kul 7 gak le. Amboi Burger Bakar punya pasal, tunda jab nak singgah masjid yang tak jauh dari situ. Tapi budget-budget kalau dapat makan cepat dalam kul 7.40 paling lewat le untuk solat Maghrib. So tak le cuak sangat hihihi. Tapi bila tanya diarang cakap tak siap lagi. Huhuh... Hangin satu badan le member. Dah kul 7 pun dok buat patty lagi. Isk... Nak pulak harga paling murah RM8.00 isk...isk..isk... Nampak patty yang diarang buat saiz Burger biasa je so tak berbaloi rasanya. Tapi hagaknya Allah tak izin kot sebab kang dah perut over kenyang kang cam ner nak khusuk solat yer tak. Redha.. Redha...


Nak pujuk Mr Hb, saya beli daging dan segala bahan patty untuk buat sendiri Burger Bakar. Appe... Ingat ai tak leh buat? Boleh tapi ikut versi ai macam-macam rasa le heheh. Sebab saya kan suka tambah tu masuk ni memang susah nak ikut aturan yang betul. Ada je yang nak dicubanya heheh. Kali ni saya buat ikut resepi yang saya ambil dari majalah Rasa edisi Novermber 2012. Follow betul-betul siap timbang sukat bagai hah. Nak bagi Mr Hb puas so ikut rule la. Kot tak dah macam versi saya tak puas lak member. Kot nak tengok burger patty versi saya tengok kat sini, Burger Patties Versi Homemade Yang Best :)


BURGER BAKAR

By: Chef EJ (Fadliza Mohd Napiah), Majalah Rasa
Kongsi semula: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • 300g daging/ayam - kisar
  • 1/2 labu bawang kuning - kisar halus
  • 1 ulas bawang putih - kisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk daun kemangi
  • 1/2 sudu teh serbuk oregano
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan serbuk roti
  • Tepung gandum secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 2 keping keju Cheddar
  • 1 biji roti Arab
  • 1 biji tomato - dihiris nipis membulat
  • 4 keping daun salad
  • 10g emping Nachos

Caranya
1. Di salam sebuah bekas, campurkan daging, bawang kuning, bawang putih, lada sulah, lada hitam, daun kemangi, oregano, paprika, ketumbar, jintan manis, serbuk roti, tepung gandum, telur dan garam secukup rasa.

2. Adun sehingga semuanya sebati. Kemudian bentukkan adunan hingga menjadi patty setebal 2 sentimeter atau mengikut saiz kesukaan.

3. Sapukan minyak pada sekeping foil aluminium dan balutkan patty dengan foil tersebut. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.

4. Selepas itu, buka foil aluminium dan letakkan keju Cheddar di atas patty ketika ia masih panas supaya keju jadi cair.

5. Potong roti Arab dan sapukan mentega pada keduanya. Goreng roti tersebut di dalam kuali tidak melekat.

6. Akhir sekali hidangkan patty bersama roti burger, salad, tomato, emping nachos dan sos kegemaran. Sedia dinikmati.


Tu hari disebabkan ada daging cukup-cukup untuk 2 adunan, saya pun buat semuanya double le. Garam saya letak 3 sudu teh. Hehhe sepatutnya kena kurangkan sikit sebab dah ada cheese kan. Lupa mak dikk. Begitu gak dengan serbuk lada hitam tu. Rasanya kalau nak buat double tak payah le didoublekan serbuk lada hitam tu. Bila masak patty terasa macam makan lada hitam je. Ganggu rasa dan bau daging patty tu yang kita dah campur dengan bahan lain sama. Potong. Tepung gandum kalau tak salah saya masukkan dalam 12 sudu besar. Tapi bial baca balik resepi actually chef tak cakap pun tepung gandum dalam senarai bahan-bahan. Yang ada serbuk roti yang saya tumbuk biskut kering je buat pengganti. Dalam senarai cara memasak baru ada tepung gandum tapi yang tak ditulis serbuk roti pulak. Mungkin salah satu je kot. Tapi saya masukkan dedua heheh. Abihhhh dah kata nak ikut syarat. Kena follow le yer tak.


Try le masak guna aluminium foil tapi saya bakar atas dapur biasa je. Maleh nak keluorkan oven yang dah lama tersimpan tu. Tapi bila masak tengok patty warna pudar black. Tak cun langsung. So saya decide, keluarkan patty dari foil dan bakar terus atas dulang. Memang le bau bakarnya tak der tapi warnanya nampak cun le sikit heheh. Yang lain-lain stepnya sama le saya ikut. Tapi rasanya better siapkan roti dulu kalau nak bakar melainkan tempat pembakaran kita tu besar. Lepas bakar roti, baru masak patty tu. Sambil-sambil nak masak patty leh susun dah apa yang kita nak atas roti nanti untuk lapisan bawah. Tak le kelam kabut nanti.


Lagi satu jangan le pulak yer mentang-mentang patty kita buat sendiri, tebalnya humang sesuka hati je yer. Heheh yang ni saya le yang buat sebetulnya. Tebal bukan takat 2 sentimeter tapi dah lebih 1 inci dah hehehe. Lambatnya masak...... Siap le ambik bantal tidur dulu heheheh. So buat berpada-pada dah le yer melainkan memang sanggup tunggu daging masak sempurna.


Kalau ada jeruk timun lagi umph nih. Lama dah tak buat kat umah ni. Jadi memang tak der le. Hilang le sikit serinya. Ada pulak smoked daging salai yang goreng kasi garing sikit. Huiii makan pun tak hengat. Nak makan tu rasanya elok masak 1 biji je. Kongsi 2-3 orang. Kalau nak buat sorang satu pastikan mampu yer untuk habiskannya. Kang dah sejuk tak kuase nak sentuh dah. Membazir je heheh.

9 patties- hah korang boleh? Hihih maaf yer ai wanita santun heheheh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...