Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 6 September 2013

Resepi Hebat: HATI DAGING MASAK JINTAN 2 PUTERI


Tu hari mak kasi hati lembu untuk kami. Hari lembu yang masih mentah. Waduh waduh... Koknya gimana mau masaknya ya dong? Saya ni seumur hidup tak pernah sentuh hati lembu yang mentah untuk dimasak. Kalau makan tu memang cekap bebenor le weh hihihi. Susah hati gak la camner nak handle cik Hati nih. Yer la kang kalau tersalah handle kang terlebih pulak baunya kang udah macam makan lembu sekor-sekor pulak.


Susah hati punya pasal, berhari-hari saya simpan dalam freezer. Asal bukak je computer harus cari petua untuk cuci hati lembu. Tapi satu pun tak jumpa atau saya yang tak pandai sebenornya hihihi. Sampai le beberapa hari lepas terjumpa kat laman Secubit Garam (hehehe dia guna secubit garam je yer, saya guna Asam ngan Garam sekaligus heheh). Tu pun terjumpa bila dah letih cari petua. Tukar le kepada cari resepi pulak. Tapi tak sangka pulak tup tup terjumpa petua nak cuci hati lembu tu. Kira dua dalam satu le hihi. Apapun syukur sangat-sangat and thanks dear Kak Nor, petua dan resepi yang Kak Nor kongsi hasil dari resepi yang Kak Nor panjangkan dari sis Yatt yang Kak Nor ambik di MyR tu memang amat berguna. Dapatttt gak saya masak Hati Lembu Masak Jintan untuk hidangan kami sekeluarga ;).


Hidangan Hati Lembu Masak Jintan ni saya tukar sikit jadi Hati Daging Lembu Masak Jintan 2 Puteri heheh. Mohon ampun yer sebab gegatal tukar sebab dalam ramuanya saya guna Produk 2 Puteri tu yang dinamakan camtu. Nak le jugak 2 Puteri dapat credit yer tak. Kang kot tak tambah nama 2 Puteri kurang le creaditnya heheh. Rugi... Rugi. Nak beriklan tak mampu jadi cam ni je la yang mampu saya buat untuk ketengahkan kualiti yang ada pada Produk 2 Puteri ni. Jadi dapatttt le juga pengguna 2 Puteri untuk mempelbagaikan hasil masakan memasing menggunakan Produk 2 Puteri yer tak?????

Topong jangan tak topong


Untuk resepi kali ni disebabkan saya ambil dari laman Kak Nor, dapat le saya selitkan sukatan yang sesuai sebab dah ado heheh. Tak le main agak-agak yer macam resepi yang selalu-selalu saya kongsi tu hihi. Apa pun memang sedapppp hasilnya. Tak sesuai ketuk ketak tumbuk segala bahan nak masak. Sebenarnya disarankan oleh Sis Yatt blender tapi tah tetiba rajin terlebih saya tumbuk semua yang perlu. Bertuah Mr Hb dapat wife rajin cam saya yer heheh. Perasan mak, cik Tipah ooooi hihihi. Bahan-bahan pun tak susah nak cari sebab semuanya confirm dah ada dalam stok. Jadi memang syok ar kerja.


Asalnya dalam resepi tak guna cili sebagai salah satu ramuannya. Yang ada sekadar cili hijau sebagai hiasan dalam masakan. Tapi disebabkan kami suami isteri suka yang pedas-pedas jadi saya masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Tapi tak banyak mana pun sekadar 1 sudu makan je. Biar rasa-rasa je rasa pedasnya. Lagi satu disebabkan biasa saya makan masak jintan ni kena berwarna gelap, saya masukkan dalam 5 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Biar nampak hitam-hitam perang gitu. Cun le sikit rupanya hehe. Yang hati daging tu sebab gabungan hati dengan daging. Mak kasi sikit sangat nak masak pun maleh je sebab sikit. Sib baik stok daing ada dalam frezer so kahwinkan deduanya dalam resepi nih. Ok tu kan heheh. Jadi... Jom tengok resepinya kay...


HATI DAGING MASAK JINTAN 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Resepi Asal: Sis Yatt, MyR
Dipanjangkan By: Sis Nor, Secubit Garam

Bahan-bahan
  • 1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam pun boleh gunakan resepi ini)
  • Sedikit daging - yang ni saya tambah sebab hati yang ado sikit sangat
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam dan gula secukup rasa 
 Bahan untuk diblender/tumbuk
  • 1 sudu jintan manis dan jintan putih
  • Sedikit biji ketumbar
  • Sedikit lada hitam
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 asam keping
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 biji cili hijau
Caranya
1. Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.

2. Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukan kulit kayu manis, bahan dikisar, Cili Boh Asli 2 Puteri bersama rempah kurma masak hingga naik minyak (garing). 

3. Kemudian tambah sedikit air dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3 minit. 

4. Letak asam keping, Sos Char Kueyteow 2 Puteri, cili hijau serta garam dan sedikit gula. Siap di santap. 


**Tepung gandum yang nak buat cuci hati lembu tu kena banyak sikit yer. Kang tak pepasal kena goreng telur lak sebab tak sanggup makan hidangan ni sebab tak tahan dengan baunya yang kuat tu heheh.

**Peringatan: Hati lembu/ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.


Mudah je kan??? Ha hujung minggu ni leh le dapatkan sedikit hati dan masak hidangan ni untuk keluarga tersayang. Confirm puas hati punya :) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...