Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 24 Jun 2013

Resepi 2 Puteri: Ayam Harum Hitam Manis 2 Puteri


Hidangan tengah hari hari ni saya telah cuba skill untuk hasilkan satu hidangan baru menggunakan Produk 2 Puteri. Risau gak hati kot-kot tak menjadi tapi kalau tak dicuba sapa le tahu hasilnya yer tak. Dah cuba leh le kita perbaiki mana-mana yang patut lain kali tak gitu... ;D


Dipersembahkan..... Teng tererengggggg.... Ayam Harum Hitam Manis 2 Puteri! Hihihi wokay tak nama hihihi...


Nak buatnya idak le sesusah mana pun. Main campur je apa bahan yang ada kat dapor nun tapi hasilnya membanggakan gak le heheh. Mana idaknya habis sekeluarga makan sampai tak sempat nak simpan sikit untuk malam. Nak pulak anak-anak dare saya niy punya taste kalau tak sedap jangan harap nak sentuh. Lagiii bangga le bila masing-masing bising nak ratah ayam lagi huak huak huak (gelak riak le pulak hehe).


Ayam tu pun bukan le kat mana-mana part yang diarang suka. Baik Mr Hb atau anak-anak sure pilih drumstick biasanya tapi stok drumstick dah habis tinggal dada je la. Tapi disebabkan hidangan kali ni sedap habis semuanya tu yang bangga terlebih jadinya.


Satu lagi resepi mudah menggunakan Produk 2 Puteri - Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Jadi pastikan ianya sentiasa berada dalam simpanan sahabat semua untuk kegunaan memasak hidangan yang enak-enak buat keluaraga tersayang!


Rupanya nak sikit macam Ayam Masak Kicap yang biasa kita tengok. Tapi rasanya ada kelainan sikit dengan penggunaan rempah-ratus yang pelbagai dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan madu yang memberi kalainan padanya. So saya dengan tak malunya meminjam le gambo-gambo hasilan sahabat blogger yang lain untuk menghiasi resepi saya nih. Minta halalkannya yer... suarainsan.com, isaurakitchen dan yang lain-lain tu... Nak buat macam mana, Cik Na tak der kamera yang leh bagi cantik gambo makanan tuh. Kang ada yang tak lalu lak tengok naya pulak jadinya. Pinjam yer...


Jom kita usha resepi. Kot berkenan sila le buat untuk hidang pada keluarga ek ;)


AYAM HARUM HITAM MANIS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan Perapan Ayam
  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
Bahan Sos
  • 1 biji bawang  merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia - mayang halus memanjang
  • 1/2 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu KFC serbuk jintan manis
  • 3 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1 sudu makan madu
  • Sedikit air
  • 1 biji tomato
  • Sedikit daun bawang sebagai hiasan

Caranya
1. Perap seketika ayam bersama bahan perapan. Kemudian goreng 1/2 masak di atas api sederhana kecil. Angkat dan ketepikan.

2.  Untuk bahan sos: Tumis bawang, bawang putih, halia, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.

3. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan masak hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit.

4. Setelah ianya pecah minyak, masukkan serbuk jintan manis bersama sedikit air untuk jadikan ianya mudah sebati dengan bahan-bahan lain. Gaul seketika.

5. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri bersama madu. Gaul sebati.

6. Masukkan ayam yang digoreng 1/2 masak tadi. Masak seketika sambil dikaup balikkan supaya sosnya  tersalut ke keseluruhan  ayam. Biarkan seketika supaya ianya masak penuh.

7. Masukkan tomato yang dipotong wedges dan daun bawang yang dimayang halus. Kaup balikkan seketika dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.


** Hidangan ini tidak memerlukan sebarang perasa dimasukkan didalam sosnya kerana semua bahan perasa ini telah secukup rasa di dalam Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan dari madu yang dimasukkan tadi.

** Boleh dijadikan sekadar salutan pada ayam atau berkuah, terpulang pada citarasa masing-masing.


** Sos ini boleh juga salutkan pada ayam dan kemudian dibakar di dalam oven untuk kelainan citarasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...