Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 20 September 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.. Moga ianya memberi sinar


Lama sangat rasanya tak sempat menulis kat sini. Banyak sangat benda berlaku sepanjang ketiadaan saya kat sini untuk berceloteh.


Apa pun tak terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA!! Buat semua yang membaca dan pada semua penduduk di Malaysia nih. Moh le kita sama-sama semarakkan negara kita dengan aktiviti yang membawa kebaikan kepada semua pihak....

Moga kejayaan buat semua anak-anak Malaysia, aaamiin :)


Dah baca plan perancangan kerajaan tentang program Pemerkasaana Ekonomi Bumiputera dah kot. Alahhhh yang gah dibincangkan dimedia-media massa sekarang nih.. Yang saya pun ada sentuh tempoh hari kat sini.


Cukup baik dan teruja saya dengar. Syukur Alhamdulillah bila pihak kerajaan bukan sekadar meneruskan kesinambungan yang sedia ada malahan cuba membina dari akar rakyat untuk turut berkembang maju.

Target untuk memperkasakan ekonomi yang dirancangkan memang terbaik.

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera itu merangkumi lima fokus utama iaitu

1) Mendaya modal insan bumiputera
Memperkasa modal insan bumiputera menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran.

-  Bagi remaja yang rendah pencapaian akedemi dan tahap kemahirannya, kerajaan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran sebagai peluang kedua.

Sebaiknya biarlah serapkan terus lepas sekolah macam kerajaan wajibkan kursus PLKN tu supaya belia-belia bumiputera keluar terus jadi orang yang berkemahiran. 

Jangan tunggu apply sebab ramai yangg rasa masuk Giat Mara atau IKM tu tak der kelas.


- Bagi golongan graduan yang menganggur, kerajaan giatkan program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran agar bersesuaian dengan industri.

Biarlah kerajaan biarkan mereka-mereka ini menjalankan latihan practical terlebih dahulu dalam satu-satu bidang sebelum membenarkan golongan ini menerajui sesuai bidang ekonomi.

Jika terus diberi geran atau bantuan tanpa ada latihan dikuatiri ianya akan binasa kerana apa yang dibaca menerusi buku tidak sama dengan yang sebenarnya terutama dalam bidang perniagaan.


- Menambah golongan bumiputera yang berkemahiran tinggi dengan memperluas Program Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang kritikal dan berteknologi tinggi.


- Melahirkan lebih ramai golongan profesional bumiputera dibawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program seumpamanya.


2) Memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat

- Ekuinas akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju Skim Jejak Jaya Bumiputera.
-- program yang akan mentransformasi ekuiti dan kepakaran pengurusan bagi membimbing syarikat bumiputera supaya  tersenarai dalam Bursa Malaysia.

- Skim ASB2 (Amanah Saham Bumiputera 2) akan diperkenalkan dengan saham suntikan sebanyak 10 bilion unit saham dikeluarkan.


3) Memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera
Yang ini termasuk dalam bab pemilikan rumah, hartanah, premis industri dan kompleks komersial.
 
- Kerajaan akan mengoptimakan nilai dan manafaat aset dengan memperkenaskan Yayasan Wakaf Malaysia menjadi entiti Wakaf Korporat.

- Meningkatkan peranan institusi hartanah (Pelaburan Hartanah Berhad, Mara dan PUNB) dan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri terutama di lokasi startegik di seluruh negara.

Kalau boleh buat pusat komersil seperti pasaraya, pasar borong di lokasi-lokasi strategik yang dinaungi oleh Kementerian-Kementerian yang berkaitan supaya ekonomi bumiputera lebih rancak. 

Maksimumkan peranan UTC dengan mengambil contoh peranan yang diambil oleh pihak UTC Kelantan dalam merancakkan ekonomi mereka.

- Dalam bab pemilikan rumah dan hartanah, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri akan membanyakkan pembinaan rumah mampu milik.

- UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangunkan hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdangangan di kawasan bandar.

Moga-moga lepas ni premis komersial tak le dijual terlalu mahal. Jadi dapat le kami pengusaha bumiputera miliki bangunan yang boleh dijadikan pusat perusahaan yang menepati GMP yang disyaratkan dalam menghasilkan produk yang baik dan selamat.

- Berikutan itu, GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera.


4) Memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera

- Akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana diterjemahkan oleh agensi pembangunan usahawan bumiputera seperti Amahan Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

Diharapkan agar kadar pinjaman/bantuan tidak dihadkan kepada jumlah yang terlalu kecil. Adalah sewajarnya pihak-pihak ini memberi peruntukan dalam jumlah yang munasabah (merujuk kepada jumlah yang dipohon) supaya apa yang dirancangkan oleh pihak pengusaha/peniaga menjadi kenyataan.

Jika khuatir ianya disalah gunakan, beri peruntukan/alirkan kawangan mengikut progress dan bukannya secara terus supaya tiada yang gelap mata dan hasrat untuk memajukan perniagaan tetap tertunai.

Cara yang digunapakai pada masa ini agak menyulitkan pemohon yang berjaya untuk mengembangkan peniagaan secara optimum kerana jumlah yang diberi kadangkala tidak sepadan dengan yang sepatutnya membuatkan beban hutang bertambah namun kejayaan dalam perniagaan semakin menjauh.

- Kesukaran para pengusaha dalam mendapat akses ke pasaran memang diketahui oleh kerajaan. Oleh itu, semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi dikalangan bumiputera.

Kalau boleh selain sistem vendor, wajibkan setiap hypermarket/pasar mini yang dibina di Malaysia ini mengetengahkan produk buatan bumiputera untuk dipasarkan. Maksimumkan peranan agensi kerajaan seperti FAMA untuk memasarkan setiap produk bumiputera yang dikenalpasti. 

Peranan agensi seperti FAMA, SME Corporation dan lain-lain pula harus lebih terbuka supaya setiap pengusaha bumiputera diberi peluang yang sama.

- Semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC perlu menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang diaugerahkan kepada vendor.

Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.

- Bagi menangani isu rantaian bekalan, Kerajaan melalui GLC dan GLIC akan membanguunkan kumpulan usahawan bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi.

GLC dan GLIC akan terajui usaha untuk wujudkan beberapa konsortium syarikat bumiputera dalam sektor yang terlibat.

- Program penswastaan bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan ambil inisiatif untuk kenalpasti secara terpilih mana-mana perkhdmatan kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada bumiputera.

- Dasar Crave-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar sebagai peluang syarikat bumiputera memperoleh kontrak dan peluang untuk bersaing dengan lebih baik.

- Satu Komuniti Baru Enterprenuer Bumiputera akan diwujudkan .

- Ianya membawa kepada penubuhan skim pembiayaan baru yang unik iaitu Skim Permulaan Enterprenuer Baru Bumiputera (SUPERB) yang berperanan membantu syarikat start-up.

Dana RM100 juta diperuntukan dalam tempoh 3 tahun dan kemudahan geran sehingga RM500 ribu diberikan kepada usahawan baru yang kreatif dan inovatif.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan merit yang akan dibuat oleh sekumpulan panel dikalangan mereka yang berjaya. Dan mereka yang terpilih akan mendapat khidmat mentoring daripada enterprenuer yang telah berjaya itu.

Jika boleh biarlah pemberian ini benar-benar berdasarkan merit dan pencapaian supaya memberi faedah kembali kepada kerajaan. Sewajarnya usahawan yang punya potensi (merujuk kepada pencapaian yang diperolehi) turut diberi peluang bukan sekadar dinilai dari segi kreatif dan inovatif.



5) Memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan

- Unit Pembnagunan Bumiputera (UPB) akan diwujudkan  di semua kementerian. Unit ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksanakan inisiatif Agenda Bumiputera.


Antara anjakan yang dibuat untuk Memperkasakan Ekonomi Bumiputera seperti yang diwar-warkan ialah:

1) Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dalam menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang saya rasakan cukup baik.
Dengan ini beliau dapat menjaga dan mengawal agar kemungkinan penyelewengan atau berlaku sebarang masalah dalam satu-satu agensi itu daripada berlaku terutama dalam mengangkat bumiputera sebagai entiti yang berjaya.

2) Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian bagi rangka cadangan dan laksana inisiatif agenda Bumiputera diwujudkan semula. Moga-moga dengan ini tiada lagi yang tercicir atau dipandang sebelah mata.

3) Kementerian dan GLC diarah kukuhkan sistem pembangunan vendor bumiputera dan pemilihan vendor berdasarkan meritokrasi.


4) Ekuinas (Ekuiti Nasinal Berhad) mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi membimbing syarikat bumiputera di Bursa Malaysia.

5) Teraju (Peneraju Bumiputera) diletakkan di bawah Perdana Menteri dengan diketuai Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri. Moga-moga ada antara menteri ini mempunyai latarbelakang berasaskan perniagaan supaya hala tuju yang kita cuba bawa memberi kejayaan kepada negara.

6) Skim Permulaan Enterpreneur Baru Bumiputera (Superb) diwujudkan bagi membantu syarikat permulaan dengan dana RM100 juta. Satu skim yang cukup baik diwujudkan untuk syarikat-syarikat baru.
Adalah diharapkan ianya bukan sekadar dibantu pada permulaan namun syarikat-syarikat ini terus dipandu menjadi entiti syarikat yang berdayasaing dan terus maju. Pantauan dari segi perjalanan dan kejayaan syarikat harus berterusan selama tempoh 5-10 tahun berikutnya.
Namun bagaimana dengan nasib pengusaha/peniaga baru atau yang cuma punya pulangan modal kurang RM500,000??? Tidakkah juga perlu dibantu selain oleh pihak Tekun dan AIM...


7) Tambahan Dana Tekun RM700 juta dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) RM300 juta cukup dialu-alukan oleh semua pengusaha/peniaga.
Namun biarlah agihan yang diberikan bersesuaian dengan keperluan perniagaan supaya target yang cuba dicapai oleh setiap peniaga itu tercapai. Andai jumlah yang diberi kurang dari yang dipinda kadangkala mengakibatkan berlakunya keterencatan dalam usaha memajukan sesuatu pernigaan yang diwujudkan.

Alhamdulillah banyak rancangan yang hebat kita ketahui dirangka oleh pihak kerajaan dalam memajukan ekonomi bumiputera. Namun seharusnya selepas ini kita harus meneliti sebaiknya apakah setiap perangkaan itu menjadi realiti atau sekurang-kurangnya mengecap sedikit kejayaan.


Banyak yang harus pihak kerajaan fahami dan beri penelitian yang rapi supaya ianya tidak menjadi satu pelaburan yang sia-sia. Seluruh kakitangan dibawah agensi yang disebutkan serta agensi-agensi yang berkaitan sewajarnya mengembleng tenaga dan berusaha agar setiap rancangan yang diperincikan menjadi kenyataan.


Sebarang diskriminasi kepada golongan peniaga dan pengusaha bumiputera seharusnya wajar diberi perhatian yang lebih supaya golongan ini tidak terus ditindas. Setiap masalah yang wujud di kalangan pengusaha/peniaga seharusnya diberi perhatian dan penelitian yang lebih supaya ianya dapat di atasi.

Betapa rendahnya peratusan Bumiputera dalam Penguasaan Ekonomi negara. Sewajarnya banyak yang perlu diberi perhatian supaya angka ini dapat ditingkatkan

Kerajaan juga sewajarnya mengetatkan satu garis panduan yang lebih kepada pelabur-pelabur dalam atau luar negara untuk turut menggunakan hasilan bumiputera sebagai salah satu yang wajib mereka ketengahkan bukan pinggirkan seperti mana yang berlaku sekarang.

Pengusaha/peniaga bumiputera bukanlah mendambakan 'tongkat sakti' dari kerajaan namun dengan wujudnya diskriminasi dan tekanan dalam semua aspek adalah sukar untuk kami bergerak untuk mencapai kejayaan. Beri perhatian yang lebih teliti dan bantulah kami.

Mana Melayu & mana bumiputera????

Moga kejayaan buat pengusaha/peniaga bumiputera akan terlaksana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...