Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 20 November 2013

Resepi Hebat: Kari Daging 2 Puteri


Lepas masak Kari Kambing 2 Puteri itu hari, Mr Hb minta masakkan Kari Daging 2 Puteri pulak. Tak puas katanya sebab sikit sangat lepas diberi sana-sini. Heheh nak buat camner mood sedekah terlebih mari hahah.


Nak masak Kari Daging 2 Puteri nih simple je. Tak le susah mana pun. Tapi paling takut taraf keliatannya. Masak le beratus kali pun memang bab ni saya tak leh hapuskan rasa risaunya... Tapi syukurlah sebab selalunya saya beli kat pasaraya so dah kenal le sikit sifat dagingnya hahah. Tapi kekadang gusar gak hikhik.


Ada petua kata tak nak daging liat masukkan sikit serbuk baking powder. Tapi tak boleh banyak-banyak kang ada yang sakit perut.

Tapi tu le.. Bila Mr Hb mintak lagi kari dan dia pulak sebut nak kari macam semalam. Terus je buat. Bila dah masak baru teringat kalau le buat Kari Daging Kawah lagi best kan... Tapi benda dah siap pun... Lain kali je la hihi..

Kali ni saya tak masukkan santan sebab buat kari ala mamak. Biar pekattt je dengan rempah bagai. Lagi pun dah hampir tiap hari masak kari sesekali lari sikit caranya tak salahkan. Kang makan makanan berlemak sangat pun kang kolestrol pulak bermaharaja dalam badan nih. Tak ke naya.

Tak pakai santan pun sedap. Lagi pior kate orang Perak....

Ok la jom kita tengok resepi Kari Daging 2 Puteri ni kay...


KARI DAGING 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • 1kg daging - potong sederhana tebal
  • 200ml minyak masak
  • 300g (1 biji) kentang - potong wedges
  • 1/2 liter santan
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu makan kerisik
  • Garam
  • Gula
Bahan tumis
  • 3 sudu makan serbuk kari daging - bancuh dengan air dijadikan pes 
  • 1 tangkai daun kari - masukkan dalam pes serbuk kari yer
  • 1/2 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5cm kulit kayu manis
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
Bahan kisar
  • 500g bawang merah
  • 30g bawang putih
  • 5cm halia
  • 50g bawang besar - potong
  • 30g cili merah - potong (jika suka)
  • 1 ulas bawang putih - hiris nipis
  • sedikit halia - hiris nipis memanjang

Caranya
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis (kecuali serbuk kari daging) dan bahan kisar serta yang dipotong hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan tumis hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit dasarnya.

3. Masukkan kentang bersama secubit kecil garam kasar dan masak hingga agak empuk.

4. Masukkan daging dan santan. Kacau sekali sekala dan masak hingga daging empuk (kira-kira 45 minit).

5. Perasakan dengan garam, gula, kerisik dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Masak hingga kepekatan yang disukai.

Ha.. Dah siap pun. Mudah je kan. Tak perlu masukkan sebarang perasa lain dah. Cukup dengan garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri tau. Hidangan pasti enak dan warnanya pun cantik.

Hidangan Kari Daging 2 Puteri kali ni saya makan dengan Pucuk Paku Goreng 2 Puteri. Resepinya nanti saya postkan kay.... Masaknya ringkas je tapi sedap. Tak der tambah apa-apa perisa lain dah selain totally guna Cili Boh Asli 2 Puteri dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri je. Nantikan yer resepinya :)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...