Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 12 November 2013

Resepi Hebat: Kari Kambing 2 Puteri

Salam semua!!!

Dah makan? Makan apa hari ni? Lama tak bergebang ek.

Kali ni saya nak berkongsi resepi Kari Kambing 2 Puteri yang enak. Resepinya mudah je tau.


Kat rumah ni antara hidangan yang jadi kegemaran seisi keluarga adalah Kari Kambing 2 Puteri ni lah. Anak dare saya yang tak gemarkan hidangan yang pedas-pedas pun kalau dah dimasak Kari Kambing 2 Puteri ni tetiba jadi boleh makan pedas. Tapi berulam air la makannya hikhik.

Alhamdulillah walaupun kerap kami masak hidangan berasaskan kambing tapi dengan petua yang sering kami amalkan masa makan hidangannya, jadi tak le risau darah tinggi ke apa.

Petua tu saya dapat masa bujang dulu dalam rancangan terbitan Astro. Yang Amylia Rosnaida jadi hosnya. Tak ingat rancangan apa sebab dah lama dah. Tapi petua tu perkongsian Betty Benafe.


Katanya kalau makan daging kambing kena minum air limau. So badan boleh le imbang bila darah mengalir deras sangat sebab daging kambing nih kan ker panas.

Alhamdulillah setakat ni saya sekeluarga memang tak der le kena darah tinggi ke apa walau sering makan daging kambing. Cubalah next time makan daging kambing ek... :)

Ok berbalik pada resepi. Moh layan terus resepinya kay... :)


KARI KAMBING 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • 1kg daging kambing - potong sederhana tebal
  • 200ml minyak masak
  • 300g (1 biji) kentang - potong wedges
  • 1/2 liter santan
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu makan kerisik
  • Garam
  • Gula
Bahan tumis
  • 200g (2 sudu makan) serbuk kari daging - bancuh dengan air dijadikan pes
  • 1 tangkai daun kari - masukkan dalam pes serbuk kari yer
  • 1/2 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5cm kulit kayu manis
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
Bahan kisar
  • 500g bawang merah
  • 30g bawang putih
  • 5cm halia
  • 50g bawang besar - potong
  • 30g cili merah - potong (jika suka)
  • 1 ulas bawang putih - hiris nipis
  • Sedikit halia - hiris nipis memanjang

Caranya
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis (kecuali serbuk kari daging) dan bahan kisar serta yang dipotong hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan tumis hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit dasarnya.

3. Masukkan kentang bersama secubit kecil garam kasar dan masak hingga agak empuk.

4. Masukkan daging kambing dan santan. Kacau sekali sekala dan masak hingga daging empuk (kira-kira 45 minit).

5. Perasakan dengan garam, gula, kerisik dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Masak hingga kepekatan yang disukai.

Ha.. Dah siap pun. Mudah je kan. Tak perlu masukkan sebarang perasa lain dah. Cukup dengan garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri tau. Hidangan pasti enak dan warnanya pun cantik. Guarantee! :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...